Orangnya kecil molek, kulit putih gebu dan berlesung pipit di kedua pipi menjadikan dia wanita yang manis sekali.
Wawa Zainal, seorang pelakon, usahawan, isteri kepada Aeril Zafril dan ibu dua orang anak ini kekal aktif di media sosial. Content Instagram langsung tidak pernah membosankan, setiap hari ada sahaja video miming lagu hindustan, momen romantik bersama suami dan koleksi OOTD yang tidak pernah mengecewakan.
Penulis perasan fesyen Wawa sentiasa on-trend tapi bersesuaian dengan imej muslimah. Dia masih memakai skirt midi, sepersalinan one-piece, dress tapi disarungkan stokin, legging atau jegging untuk kekal sopan dan menutup aurat. Lagi satu, penggayaannya sangat segar dan lively, langsung tidak menampakkan ‘ibu anak dua’ – terlalu comel tak terkata.
5 Fesyen Wawa Zainal Pilihan Wanista
Favorite! Serba pastel dengan gabungan biru lembut dan peach.
Twinning dengan si kecil menggayakan flannel dress rona merah hati.
Padanan putih dan maroon memang nampak cantik. Lagi pula si Wawa ni putih bersih dan gebu.
Selalunya pakai one-piece, kali ini Wawa tampil rugged dengan overall pula.
Ni rock habis dengan ripped jeans dan printed t-shirt. Lain macam gaya Wawa.
Orang kalau dah cantik, pakailah apa gaya tetap nampak elok. Beruntungnya…