Hiburan

Diawalkan 7 Bulan, Maleficent 2 Sah Tayang Oktober Tahun Ini!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Diawalkan 7 Bulan, Maleficent 2 Sah Tayang Oktober Tahun Ini!

Berita gempar buat semua peminat filem Disney yang diinspirasikan dari kisah “Sleeping Beauty”, Maleficent 2 yang dilakonkan oleh aktres Angelina Jolie (Maleficent) dan Elle Fanning (Aurora) nampaknya sudah mendapat tarikh tayangan berserta judul baharu yang mengujakan!

Menurut sumber, sebelum ini jika Maleficent dijangka tayang pada Mei 2020, pihak penerbitan sudah pun menarik semula tanggal tayangan asalnya berikutan beberapa masalah teknikal yang berkait dengan perselisihan tayangan filem itu dengan filem-filem popular lain termasuklah “Fast & Furious 9” serta “The Spongebob Movie”.

Sumber: Giphy

Sehubungan itu, “Maleficent: Mistress of Evil” sudah pun ditetapkan untuk ditayang sekitar Oktober 2019, hujung tahun ini.

Untuk pengetahuan semua, sejak filem “Maleficent” itu pertama kali ditayang tahun 2014 dahulu, ianya seraya mendapat tumpuan masyarakat dunia dengan pungutan lebih $758.5 juta secara global meskipun perbelanjaan bajet bembikinan cumalah $180 juta.

Dalam perkembangan lain, sekuel kedua “Maleficent: Mistress of Evil” akan melihatkan penambahan seorang lagi watak utama baharu iaitu, Queen Ingrith lakonan Michelle Pfeiffer.

BACA  Pakai Set Bikini Putih, Selena Gomez Mengancam Habis Sambut Bachelorette Party

Apakah Maleficent akan berentap dengan Queen Ingrith untuk merebut sesuatu? Sama-sama kita nantikan trailer “Maleficent: Mistress of Evil”.

SUMBER 1, 2