Tips - Kesihatan

Video Viral “ASMR”, Betul Ke Boleh Bantu Individu Insomnia?

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Video Viral “ASMR”, Betul Ke Boleh Bantu Individu Insomnia?

Jika anda sering singgah ke Youtube untuk menonton vlog kegemaran atau muzik video terkini, anda mungkin pernah melihat video “ASMR” pada tajuk muncul di ruangan Up Next atau Recommended? Sebenarnya apa itu video ASMR? Ada dakwaan mengatakan video ASMR boleh mengubati individu insomnia. Sejauh mana kebenarannya?

Maksud ASMR

ASMR atau namanya Autonomous Sensory Meridian Response merupakan satu teknik untuk merangsang telinga dan otak untuk menenangkan seluruh organ badan termasuklah jantung.

Video ASMR adalah video yang menggunakan suara rendah dan bunyi-bunyian melalui pergerakan berulang seperti berbisik, bermain slime, mengunyah makanan, memotong sabun buku, air mengalir, atau bunyi ketukan. Ia bertujuan untuk memberi ketenangan terhadap penontonnya. Setiap orang yang membuat video ini akan bercakap dengan suara berbisik dan ‘berbual’ dengan penonton dengan nada suara yang sangat rendah.

Video ASMR telah menjadi fenomena di sekitar Amerika Syarikat dan Asia Timur (Korea, Jepun, China, Taiwan) kerana kebanyakan video mereka membantu golongan insomnia (kesukaran tidur malam) dan meredakan tekanan.

Kesan ASMR Pada Kesihatan Mental

Hal ini disebabkan video ASMR dibuat dengan nada yang sangat rendah dan menjadikan setiap pendengar berasa tenang. Suara individu yang mengendalikan video itu berkesan untuk memperlahankan degupan jantung dan membuat penonton tidur dengan tenang.

Sebuah penelitian dari University of Sheffield menunjukkan bahawa responden yang menonton video ASMR merasa lebih tenang dan memiliki degup jantung yang lebih rendah dibandingkan mereka yang tidak menonton video ASMR.

“ASMR adalah sensasi yang dirasakan beberapa orang sebagai respons terhadap rangsangan suara atau visual yang didengar dan dilihat. Sensasi terkesan pada otak biasanya disertai perasaan tenang dan rileks.”

Satu kajian journal PLOS One dari Public Library of Science, menunjukkan butik konsisten bahawa video ASMR yang menghasilkan sensasi ‘menggelitik’ yang memberi kesan positif (perasaan tenang dan senang) pada mereka yang menonton.

Bunyi ASMR juga terkesan untuk golongan selebriti seperti IU. Menurutnya sendiri, bunyi slime dapat membantu dia tidur dengan lebih baik.

Baca: Unik Atau Geli? Hobi Baru Penyanyi Cantik IU Tarik Perhatian Netizen

Memandangkan terlalu banyak video ASMR di media sosial, cuba cari video yang betul-betul memberi ketenangan dan tidak terlalu diisi dengan content yang berat.

Selamat Beradu…

RUJUKAN : 12

BACA  Rumah Tangga Goyah? Ni Sebab Meghan Markle Tanggal Cincin Kahwin