Makanan

Syarikat Gula-Gula “White Rabbit” Berang, Bakal Saman Jenama Aiskrim

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
Syarikat Gula-Gula “White Rabbit” Berang, Bakal Saman Jenama Aiskrim

Tampil menuntut hak, syarikat pengeluar gula-gula White Rabbit dari daerah Guanshengyuan, China itu khabarnya baru-baru ini naik berang dengan sebuah syarikat aiskrim di Los Angeles yang menjual perisa aiskrim dihasilkan menggunakan gula-gula lagenda kegemaran semua berperisa susu itu.

Setelah beberapa ketika aiskrim perisa White Rabbit itu viral sejak minggu lalu, akhirnya syarikat induk White Rabbit mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada jenama aiskrim Wanderlust Creamery untuk menjual aiskrim dengan menggunakan nama gula-gula popularnya itu.

Sumber: shanghaieye.com.cn

Firma Shanghai itu dalam berita yang terkini sedang mencari saluran bagaimana mereka boleh menghubungi syarikat aiskrim yang berpangkalan di Los Angeles tersebut untuk menyiasat pelanggaran yang didakwa.

Berikutan hal itu juga, pihak Wanderlust Creamery juga telah bertindak segera menurunkan semua foto, imej yang ada kena mengena dengan White Rabbit di akaun Instagram mereka bagi mengelak sebarang kasus berlanjutan.

Sumber: Wanderlust Creamery

Dalam perkembangan lainnya, Wanderlust Creamery juga kononnya menjelaskan bahawa mereka tidak menggunakan sebarang pembalut White Rabbit dan segala foto dan imej yang tersebar berleluasa di internet itu adalah tujuan iklan dan promosi semata bahkan, nama perisa aiskrim mereka yang diinspirasikan dari gula-gula White Rabbit itu juga sebenarnya adalahĀ “The White”.

Sehingga kini, belum diketahui sama ada dua lagi kedai aiskrim yang menjual aiskrim perisa ‘inspirasi’ gula-gula White Rabbit itu turut akan terkena tempias didakwa atau pun tidak.

Sumber: Inside Scoop

Dua kedai aiskrim jenama Malaysia yang diketahui menjual perisa viral tersebut adalah termasuk Inside Scoop dan Waka-waka seperti yang dilaporkan portal Hype Malaysia.

SUMBER 1, 2

BACA  15 Top Bubble Tea Famous Yang Digilai Ramai!