Muzik

Lagu Micheal Jackson Haram Diputar Stesen Radio Kerana Tuduhan Pedofilia

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Lagu Micheal Jackson Haram Diputar Stesen Radio Kerana Tuduhan Pedofilia

Hinanya mendiang ikon pop Michael Jackson apabila namanya akhir-akhir ini kembali menjadi sebutan apabila isu tuduhan pedofilia yang pernah dikenakan terhadapnya seolah sengaja ditimbulkan semula oleh pihak tertentu.

Dalam perkembangan terlain, lagu-lagunya turut diharam untuk diputar beberapa stesen radio sekitar New Zealand dan Kanada berikutan isu tersebut.

Sumber: bbc.co.uk

Menurut sumber The Guardian, keputusan untuk menarik semula lagu-lagu Michael Jackson dari radio itu dibuat setelah sebuah dokumentari berjudul “Leaving Neverland” yang menceritakan tentang kisah kehidupan Michael Jackson disiar di kaca televisyen Ahad lalu.

Dalam masa yang sama, siaran dokumentari itu turut menyelitkan betapa mendiang dahulunya pernah ‘mendera’ kanak-kanak bawah umur dengan mencabul mereka -menjadikan ianya kes pedofilia.

Sumber: Vanity Fair

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai selama mana lagu-lagu Michael Jackson akan diharamkan di kedua negara itu (New Zealand dan Kanada) namun, pihak RNZ yang merupakan sebuah stesen radio terkemuka di New Zealand itu menjelaskan bahawa masa akan menentukan sama ada pengharaman itu adalah kekal atau pun tidak, dan ianya bergantung kepada pendengar.

Tonton Trailer “Leaving Neverland” Terbitan HBO

Untuk pengetahuan semua, dokumentari “Leaving Neverland” yang berlangsung selama 4 jam itu telah bersiaran di saluran HBO pada Ahad lalu, baru-baru ini dan ia telah memuatkan klip serta pengakuan daripada dua orang mangsa yang sebenarnya menafikan penglibatan Michael Jackson dalam melakukan sebarang pencabulan terhadap mereka semasa hidupnya.

SUMBER