Kesihatan

Sebab Jijik Kamu Perlu Stop Tiup Lilin Kek Hari Jadi Sekarang

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Sebab Jijik Kamu Perlu Stop Tiup Lilin Kek Hari Jadi Sekarang

Happy Birthday to you, Happy Birthday to you…. Okay cepat wish dan tiup lilin.

Tiup lilin sudah menjadi acara utama semasa sambutan hari lahir seseorang. Namun, tahukah kamu lama-kelamaan ia boleh mengundang jijik dan kemudaratan dengan penyebaran bakteria.

Kenapa Wanista berkata begitu?

Peningkatan Bakteria

Menurut kajian Bacterial Transfer Associated with Blowing Out Candles on a Birthday Cake dalam Journal of Food Research mendedahkan bahawa meniup lilin ke atas permukaan aising mengakibatkan 1,400 peratus (%) lebih banyak bakteria berbanding lapisan aising yang tidak ditiup.

Foto – Land O’Lakes

Meniup lilin di atas lapisan raising mengakibatkan 15 kali ganda lebih banyak dan bilangan bakteria lebih tinggi secara statistik diperoleh daripada lapisan aising berbanding lapisan aising yang tidak ditiup lilin. Variasi (julat) bakteria yang meliputi lapisan raising itu adalah 100 kali ganda lebih besar berbanding yang tidak ditiup. Tambahan, median dan maksimum pemindahan bakteria meningkat sebanyak 300 dan 12,000% akibat meniup lilin.

Bakteria Daripada Meniup Lilin

Sehingga 2,000 zarah kelembapan dikeluarkan bagi setiap pernafasan, semuanya kurang daripada 5 um diameter. Saiz zarah adalah faktor penting kerana bioaerosol akan membawa kedua-dua bakteria dalam titisan zarah kecil yang dihasilkan oleh pernafasan, hembusan dan batuk.

Giphy

Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan bahawa titisan daripada bersin, bernafas atau meniup membolehkan bakteria dan virus tersebar dengan cepat. Seterusnya ia menyebabkan keradangan tekak dan flu antara satu sama lain.

Hukum Menyambut Hari Jadi

Sebahagian utama memberi pandangan bahawa hukumnya harus, tetapi mestilah mengikuti beberapa garis panduan seperti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan. Memetik kenyataan guru Fadhilatus Syeikh Rusydi Salim al-Qalam, antara lain berkata: Bukanlah menjadi adat orang Islam merayakan pelbagai bentuk hari raya. Ini kerana dalam Islam hanya ada dua hari raya sahaja; Hari Raya Aidulfitri dan Hari Raya Aiduladha.”

Adapun semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri yang betapa dekatnya dengan kematian ketika mana usia telah lanjur dan menuju senja, atau pun untuk menyemak dan muhasabah kembali kehidupan yang dilalui, serta muamalah antara suami dan isteri, dan mengelokkan hubungan pasangan, maka ini dibolehkan.

Foto – Vanity Fair

Hukum Meniup Lilin

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum itu.” [HR. Abu Daawud]

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Jelaskan… Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1234