Sebagai seorang manusia biasa, kita adakalanya lebih selesa menyendiri, terutamanya saat kita dirempuh dengan permasalahan yang sukar dihadapai.
Sebab itu, adalah lebih logik andai seseorang itu memperuntukkan masa untuk dirinya supaya hati bisa bertenang sekaligus meleraikan segala kekusutan minda.
Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 8 Mac ini, Traveloka ingin menggalakkan kaum wanita mengembara mengelilingi dunia secara solo!
Perkasa diri dengan kekuatan, keyakinan dan keberanian mengorak masa hadapan dengan mengembara ke seluruh pelusuk dunia idaman kamu, sambil bertemankan Traveloka yang pastinya mampu menjadikan percutian kamu lebih telus sekaligus menjanjikan pengalaman pengembaraan terindah.
Jangan takut untuk bersendirian. Antara kebaikan melancong secara solo adalah ia mampu menggalak diri menjadi lebih berdikari serta merancakkan kemahiran menyelesai permasalahan di samping, jadikan diri lebih berkeyakinan serta mengasihi orang sekeliling -melihatkan melancong akan menemukan kamu dengan pelbagai orang dari pelbagai destinasi yang bakal kamu kunjungi.
Destinasi Cadangan Untuk Pengembaraan Solo
Kelima-lima negara dalam Asia ini memiliki tarikan menarik yang rata-ratanya sesuai untuk tumpuan pelancong Muslim. Jadi muslimah tidak perlu risau andai melancong seorang diri. Suasananya juga mesra dengan bantuan orang-orang tempatan bahkan merupakan antara destinasi pelancongan paling selamat untuk dikunjungi para wanita.
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Hong Kong
- Tokyo, Jepun
- Seoul, Korea
- Melbourne, Australia
Tips Percutian Solo
- Lakukan kajian terlebih dahulu ke mahu kamu kunjungi. Pastikan pengembaraan kamu meliputi aktiviti yang berkaitan dengan pemahaman tradisi orang tempatan. Baru syok!
- Sentiasa peka dengan keadaan keliling dan elak melalui kawasan pencil.
- Jaga barangan berharga senantiasa.
- Sentiasa berhati-hati dengan sesiapa sahaja kamu temui.
- Bahagikan penyimpanan wang tunai di beberapa tempat (jangan simpan semua dalam dompet).
- Kongsi dengan keluarga tentang perjalanan dan destinasi semasa kamu supaya kekal selamat jika apa-apa berlaku.
- Kaji juga lokasi hospital, balai polis terdekat, jabatan kedutaan negara kamu dan lain-lain.
- Hati-hati dengan semua makanan dan minuman yang dibeli. (Takut ada orang memasukkan dadah, cecair khayal atau pil-pil mabuk dll)
- Baca dahulu ulasan atau review secara atas talian berkenaan tempat penginapan serta kawasan yang kamu kunjungi.
Jika timbul sebarang masalah, Traveloka sentiasa menawarkan pengguna dengan seleksi solusi ideal yang memudahkan kamu sebagai traveler bahkan, Traveloka juga menawarkan servis khidmat pelanggan pada bila-bila masa di di mana jua selama 24 jam setiap hari!
Tonton Pengenalan Servis Khidmat Pelanggan Traveloka
Lekas muat turun aplikasi Traveloka di telefon pintar dan jadikan Traveloka sebagai peneman sejati sewaktu mengembara.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/TravelokaMY].