Lebih mengujakan, acara larian amal Breast Cancer Charity Neon Run 2019 adalah konsep terbaharu yang cuba diketengahkan Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat di samping menganjur keseronokan buat para peserta yang menyertai.
Untuk pengetahuan semua, tujuan penganjuran larian amal ini juga sedikit-sebanyak adalah untuk mengumpul dana yang kemudian akan disalurkan kepada pusat sumber di Pusat Perubatan Universiti Malaya sekaligus membantu meningkatkan kualiti sistem penyelidikan dan inovasinya.
Peserta berpeluang menikmati larian malam yang dikelilingi lampu dan cahaya neon bahkan setiap satu stesen larian akan diserikan pula dengan tema-tema tertentu termasuklah “Gerbang Neon”, “Terowong Galaksi”, “Color Vibes” serta “The Inflatables”. Manakala, persembahan pentas, karnival, trak makanan, pemeriksaan kesihatan percuma turut ada ditawarkan buat pengunjung yang hadir.
Maklumat lanjut larian amal Breast Cancer Charity Neon Run 2019 adalah seperti berikut:-
Tarikh: 6 april 2019
Masa: 7pm
Tempat: Dataran DTC, Universiti Malaya
Sebarang pembelian tiket boleh dibuat di [Checkpoint Spot], [Ticket2u], [Racexasia], [Hooha Asia].
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com].