Muzik

Selepas Lama Hilang, Si Comel Park Bom Kembali Dengan Muzik Solo

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Selepas Lama Hilang, Si Comel Park Bom Kembali Dengan Muzik Solo

Rasanya Blackjack (nama fandom 2NE1) paling gembira buat masa ini.

Selepas kian lamanya mendiamkan, menyepi, akhirnya vokalis terhebat Park Bom keluar dari kepompongnya. Kerana skandal dadah yang dialami suatu masa dahulu, menyebabkan imej bekas ahli kumpulan 2NE1 musnah. Beliau terpaksa lari dari dunia hiburan kerana tohmahan dan malu diterima, minatnya pada seni suara terpaksa diketepikan.

Baca : Kes Pengambilan Dadah, 2NE1 Park Bom Tampil Jelaskan Hal Sebenar…

Tapi kini, Park Bom nekad berdiri teguh dan mengejutkan semua peminat dengan muzik solo. Semalam Park Bom barkongsi kegembiraan dengan kelahiran album solonya yang bertajuk “Spring” di Instagram.

Kapsyen Park Bom berbaur kemenangan, teruja dan gembira, “Finally…. my solo album is coming out… I can’t believe it.”

Penyanyi bersuara lantang itu menambah, pre-order sudah dimulakan, dan album boleh dibeli di Yes24, Hottracks, Interpark, Aladin, and Bandi and Luni’s. “Spring” adalah kemunculan semula selepas lapan tahun. Kali terakhir Park Bom tampil dengan lagu “Do Not Cry” pada tahun 2011. 

Yang pasti semenjak berada dalam pengurusan agensi baru D-NATION, Park Bom lebih aktif di media sosial. Malah album itu turut menampilkan Sandara Park dan akan keluar pada 13 Mac ini.

Nah, Wanista akhiri artikel dengan video kecomelan Park Bom. Tak boleh move on tengok Park Bom.

Penulis teruja dengan album baru Park Bom. Fighting!

RUJUKAN