Hiburan

Heartthrob 90-an Paling Kacak Luke Perry Meninggal Dunia

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Heartthrob 90-an Paling Kacak Luke Perry Meninggal Dunia

Siapa pernah mengikuti drama televisyen paling popular sekitar awal 90-an ‘Beverly Hills 90201’?

Dilaporkan, aktor Luke Perry meninggal dunia semalam pada usia 52 tahun selepas diserang angin ahmar.

Aktor itu meninggal dunia di hospital di Los Angeles di sisi keluarga dan rakan rapatnya, termasuk bekas isteri Minnie Sharp, dua anak dan tunangnya, Wendy Madison Bauer.

Para pelakon Beverly Hills, 90210. Foto – Arkib Wanista

Perry dikejarkan ke hospital di Los Angeles Rabu lalu selepas diserang angin ahmar minggu lalu.

Luke Perry menjadi kegilaan ramai khususnya para gadis menerusi wataknya Dylan McKay dalam Beverly Hills 90201 kerana kupa paras yang kacak dan bergaya. Walaupun dalam keadaan yang selekeh tapi kekacakan dan renungan tajam mencairkan ramai gadis.

Foto – Twitter

Dilaporkan lagi Perry mendapat serangan angin ahmar pada hari yang sama Fox mengumumkan tayangan drama bersiri pembikinan semula atau ‘remake’ Beverly Hills 90210. Bagaimanapun, untuk drama ‘remake ‘itu ia tidak melibatkan penglibatan Perry dan pelakon Shannen Doherty.

Wanista ucapkan salam takziah kepada kaum keluarga Luke Perry.

RUJUKAN