Fesyen

Anak Dah Tiga, Tapi Fesyen Influencer ‘Petite’ Emma Shazleen Bikin Jealous

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Anak Dah Tiga, Tapi Fesyen Influencer ‘Petite’ Emma Shazleen Bikin Jealous

Siapa yang tidak mengenali ibu muda ini? Instagram beliau membuatkan kita yang perempuan rasa cemburu. Cuba scroll, pelbagai soalan mahu ditanya – di mana beli setiap pakaian, cleanser apa yang diguna, rahsia kulit putih bersih, pakai syampu apa, from head to toe kita mahu tahu rejim kecantikannya.

Emma Shazleen yang baru berusia awal 20-an merupakan ibu tunggal dengan tiga anak lelaki yang masih kecil dan comel belaka. Ya, ibu kepada tiga orang anak tetapi body beliau masih bergetah, dah macam anak dara.

Tolak tepi dengan imej seksi Emma, penulis perhatikan Emma bijak menyuai padan setiap outfit yang dipakai, malah tidak terlalu over sehingga menenggelamkan usia mudanya. Mungkin disebabkan itu, beliau menjadi pilihan rumah fesyen mewah untuk mempromosikan setiap item baru. Dior, Kate Spade, Coach, YSL, dan banyak lagi pernah bekerja dengan gadis petite 5 kaki ini.

Bintang media sosial ini ligat di acara-acara fesyen lokal, kerana gaya peribadinya yang sudah dikenali. Emma adalah orang yang faham tubuhnya. Walau petite, beliau tahu cara untuk menjadi kreatif dalam penggayaan. Sehinggakan apa sahaja helaian yang Emma sarung membuatkan kita malah penulis mahu miliki sama.

Gym Attire

Foto – Arkib Wanista/Instagram

Colourful Blazer

Foto – Instagram/Arkib Wanista

Hitam itu Menawan

Foto – Arkib Wanista/Instagram

Hollywood Sangat..

Foto – Arkib Wanista/Instagram

Riadah Dengan Anak

Foto – Arkib Wanista/Instagram

Cardigan Labuh

Foto -Arkib Wanista/Instagram

Gadis Melayu

Foto – Instagram/Arkib Wanista

One-Piece

Foto – IG/Arkib Wanista

Ala Rihanna!

Foto – Arkib Wanista/IG

Sweet vs Edgy

Foto – IG

Emma ni walau peragakan helaian ringkas seperti t-shirt polos putih bersama jeans, tetapi nampak kelas. Tampak elok sahaja, langsung tidak ada cacat celanya.

Nak jadikan fesyen Emma sebagai inspirasi, follow beliau sekarang. Seriously, she’s nice and friendly orangnya… [penulis sempat beramah mesra dengannya ketika menghadiri event Olay di Singapura sebelum ini].

Selamat Beramal!

BACA  Koleksi "Babylon" Alia Bastamam Imbau Gaya Megah Puteri Zaman Lampau