Acara

Pesta Makanan Sepanjang Mac Di Pavilion Bersempena “Journey of Taste”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pesta Makanan Sepanjang Mac Di Pavilion Bersempena “Journey of Taste”

Untuk kali yang ketiga, berlangsungnya aktiviti tahunan “Journey of Taste” yang mengetengahkan aneka restoran serta hidangan unik yang ada ditawarkan pusat membeli-belah terkemuka Pavilion Kuala Lumpur.

IKLAN

Bukan sekadar menawarkan pengunjung dengan seleksi pilihan jenama pakaian dan hiburan, Pavilion juga mampu menjadi lubuk untuk orang ramai mencari makananan dan snek kegemaran mereka.

Aiskrim Jepun Koiyaki yang dimakan dalam kon berbentuk ikan, boleh dibeli dari gerai di Tokyo Street, Aras 6, Pavilion KL. Foto -Arkib Wanista

Dari masakan Cina, manisan Jepun hinggalah kepada hidangan ala Melayu dan barat, semuanya dihimpunkan di bawah satu bumbung dalam acara “Journey of Taste” anjuran Pavilion Kuala Lumpur. Kini tiada masalah jika kamu mengidam makanan tempatan mahupun antarabangsa sekalipun! 

Tutorial cara membuat teh Jepun yang berlangsung di kedai pop up Noritake, Tokyo Street, Aras 6, Pavillion KL. Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, sepanjang Mac ini juga, Pavilion komited untuk menawarkan pengalaman terindah buat para pengunjung dengan beberapa aktiviti menarik termasuklah:

  • Sweet Dreams Festival at Tokyo Street (23 – 31 Mac): Pengunjung boleh dapatkan sampel aiskrim dan manisan percuma di Tokyo Street, Aras 6, Pavilion KL
  • Connection Insta Walk of Fame (15 – 17 Mac): Rakam foto-foto Instagram terindah dengan pelbagai latar dekorasi cantik serta perhiasan lampu neon di beberapa kawasan sekitar pusat membeli-belah Pavilion KL.
Foto -Arkib Wanista
  • A Thai Weekend (23 – 24 Mac): Rasai nikmat kepedasan masakan Thailand di Thai Eateries di Pavilion KL bersempena tayangan filem perdana “Bikeman” dengan kehadiran bintang dan pengarah filem yang hadir langsung dari negara Gajah Putih itu untuk sambutan Festival Filem Thai anjuran Golden Screen Cinemas.
  • Setsebun Fair oleh Noritake (1 – 22 Mac): Noritake adalah jenama peneraju pinggan mangkuk berkualiti dari Jepun akan mengadakan pameran dan jualan yang pasti menambat hati suri rumah dan bagi mereka yang gemar mengumpul barang perhiasan. Sesuai dijadikan hadiah, set pinggan mangkuk Noritake ini juga rata-ratanya dihiasai corak menarik dan kemasan yang mewah. Boleh dapatkan di kedai pop-up mereka di Tokyo Street, Aras 6, Pavilion KL.

  • International Women’s Day: Blu Inc Celebrating Women (8 Mac): Temui Dayang Nurfaizah yang bakal mendedikasikan lagu hebat berjudul “Istimewa” dengan kerjasama syarikat penerbitan BLU INC bagi sambutan Hari Wanita Sedunia di Pavilion KL.
  • Perlawanan Mesra antara Machester United x Barcelona Bersama Maybank (21 Mac): Tonton perlawanan persahabatan secara langsung antara pemain bola sepak Nemanja Vidic dari pasukan Machester United dan Luis Garcia dari pasukan Barcelona di Pavilion KL.

Kalau bosan hujung minggu ni, jomlah ke Pavilion KL. Sambil beli-belah, boleh singgah makan sekali!

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/PavilionKL].

IKLAN