Cuba bayangkan selama ini orang belah Selatan – Melaka dan Johor terpaksa pandu jauh ke Kuala Lumpur (Aquaria KLCC) dan memasuki Singapura (Singapore Zoo) semata-mata mahu membawa keluarga beriadah menyaksikan kehidupan laut.
Tak perlu lagi semua itu, kerana Legoland Malaysia Resort bawakan SEA LIFE Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Lagi besar, lagi pelbagai, dan semestinya paling terbaik setakat ini.
Yang Menarik
SEA LIFE Malaysia akan menjadi satu-satunya SEA LIFE di rantau ini yang akan menggabungkan konsep akuarium interaktif dengan elemen Lego yang unik. Akuarium tersebut dijadualkan dibuka pada April 2019 dan akan menjadi suatu tarikan pertama menyeronokkan yang dinanti-nantikan oleh keluarga.
SEA LIFE yang merupakan akuarium terbesar di dunia, akan memberi para pengunjung muda peluang untuk mengenali 13,000 kehidupan laut dari 120 spesis dalam persekitaran yang selamat, menyeronokkan dan bercirikan pendidikan.
Tawaran Pas Masuk
Bagi memastikan bahawa semua pengunjung berpeluang untuk menikmati sepenuhnya tawaran-tawaran baharu di Legoland Malaysia pada tahun ini, pihak resort telah membenarkan pemegang MyKad untuk mendapatkan satu pas tahunan pada harga tiket untuk sehari. Dengan pas tahunan baharu tersebut, rakyat Malaysia boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema Legoland dan Taman Air, selain akses percuma ke SEA LIFE Malaysia, sebaik sahaja ia dibuka kepada orang ramai. Dengan pemberian tawaran berharga ini, Legoland akan menjadi tempat yang hebat untuk keluarga menikmati pengalaman taman tema, taman air dan akuarium yang lengkap.
Pas tahunan baharu boleh dibeli melalui laman rasmi Legoland bagi masa yang terhad [www.legoland.com.my].