Kecantikan

EE Clinic Tawar Rawatan Estetik Berkelas Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
EE Clinic Tawar Rawatan Estetik Berkelas Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki

Bila bercakap soal kecantikan, pasti ramai yang terfikir cara pintas dengan menggunakan produk-produk yang mampu memberi tidak balas segera namun diragui keselamatannya.

tahukah kamu rawatan yang dianjur pakar kesihatan atau pakar kecantikan yang diperakui lebih terjamin?

Meja sambut tetamu di EE Clinic, KL. Foto -Arkib Wanista

Memberi peluang kepada semua wanita mengecapi kecantikan yang diidamkan, EE Clinic yang merupakan klinik estetik baharu yang berdiri megah di kota metropolitan Kuala Lumpur ini menawarkan seleksi rawatan kecantikan gah, yang bukan sahaja selamat bahkan tidak menggunakan sebarang teknik pembedahan.

Foto -Arkib Wanista

Untuk itu, tak perlu risau tentang sebarang kesan sampingan yang mampu mengubah rupa sebenar kamu baik dari segi fizikal mahupun dalaman.

Antara rawatan kecantikan yang dihimpunkan di bawah satu bumbung adalah termasuk rawatan kecantikan wajah, kecantikan rambut serta kecantikan tubuh. Rata-rata rawatan ini juga menggunakan teknologi terkini dengan pemantauan serta pengetahuan pakar yang paling arif.

Ruang menunggu di EE Clinic. Foto -Arkib Wanista

Pengunjung atau pelanggantak perlu khuatir, kesemua pekerja yang ditempatkan di EE Clinic adalah berpengalaman malah, menurut Pengasas EE Clinic sendiri iaitu Dr. Ee Care Ling, EE Clinic bukan sekadar merealisasikan impian kecantikan wanita bahkan turut mahu bantu memulih dan mnegetengahkan servis yang terbaik agar ia bisa membantu kaum wanita untuk menjadi individu yang lebih yakin sempurna.

Alamat: 12a, Jln Radin Bagus 8, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Rawatan Di EE Clinic:-

  • CoolSculpting
  • Dermalinfusion
  • Rawatan Jerawat  & Parut
  • Pengecilan rahang wajah (Sculpting & Conturing)
  • Peremajaan Kulit
  • Pengurusan berat serta pembentukan semula tubuh
  • Peremajaan Faraj
  • Rawatan rambut gugur dll.
Sumber: EE Clinic

Untuk keterangan lanjut, sila klik [eeclinic.com].

BACA  Bibir Nipis Pun Cantiklah! Lihat Barisan Selebriti Wanita Ini...