Fesyen

Pilihan Selebriti Korea, Apa Menarik Beg Tangan Kelahiran Perancis ‘Louis Quatorze’

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Pilihan Selebriti Korea, Apa Menarik Beg Tangan Kelahiran Perancis ‘Louis Quatorze’

Bukan Louis Vuitton tapi Louis Quatorze (sebutnya Louie Quator – senyapkan bunyi Z).

Katanya jenama ini menjadi pilihan kebanyakan selebriti Korea.

Bertempat di Metrojaya, Mid Valley Megamall, penulis berpeluang menyaksikan sendiri kehangatan jenama kelahiran Perancis tetapi proses pembuatan dibuat di Korea Selatan.

Foto – Arkib Wanista

Melancarkan koleksi musim bunga/panas 2019, Louis Quatorze menampilkan barisan tas tangan terkini, stail dan penuh ceria. Mengekalkan warisan Perancis jenama, koleksi 2019 ini mencampurkan keanggunan sofistikated dengan sentuhan mood moden dalam usaha untuk mencapai wanita moden menerusi reka bentuk yang hip.

Walaupun hadir dalam pilihan warna yang terhad tetapi setiap koleksi Louis Quatorze sangat praktikal dengan saiz yang kompak – mudah untuk digayakan dari kasual santai ke feminin yang elegan, bahkan untuk si aktif yang kerap travel juga.

Foto – Arkib Wanista

Louis Quatorze ditubuhkan pada tahun 1980 oleh seorang artis Paul Barrate, sebelum dibeli oleh firma Korea TJ International. Pada tahun 2009, pemilik Asia memulangkan jenama Paris kembali kepada pengasasnya, dengan barangan kulit yang direka di Perancis dan dibuat di Korea.

Nak lihat rangkaian Louis Quatorze, buat masa sekarang ada jual di Metrojaya Mid Valley Megamall, Robinsons Four Season Kuala Lumpur dan Metrojaya Kota Kinabalu Sabah, serta secara atas talian – Zalora dan Shopee.

Foto – Arkib Wanista

Untuk info lanjut, sila ke laman web rasmi [www.louisquatorze.com].

BACA  Dapat Rebat RM20 Bila Beli Kasut Wanita Di Bata Sepanjang Mac