Beberapa bulan sudah Starbucks telah membuka cawangan Roastery di Bali yang tampil unik dengan rekaan dalaman yang berasaskan alam semula jadi bahkan turut diterap dengan elemen yang lebih realistik untuk memberi pendekatanm kepada pengunjung berkenaan kopi -menyediakan ruangan taman yang ditanam dengan pohon-pohon kopi.
BACA: Kebun Kopi Dalam Starbucks? Pengunjung Bali Jangan Lepas Peluang Ke Mari!
Terkini khabarnya Starbucks sekali lagi menjadi bualan apabila baru sahaja melancarkan gedung Roastery mereka di Tokyo yang merupakan cawangan kedai kopi terbesar milik mereka!
Ia meliputi kawasan seluas 32,000 kaki persegi, CEO Starbucks, Kevin Johnson menjelaskan bahawa ianya bakal menjadi tempat tumpuan bagi pengunjung untuk “menzahirkan rasa cinta mereka terhadap kopi”, lapor CNN Business.
Menurut sumber lagi, selepas pembukaan cawangan terbesar di Tokyo, Jepun ini, Starbucks bakal melancarkan cawangan Roastery mereka di Chicago pula.
Untuk pengetahuan semua, apa yang membuatkan kedai kopi Starbucks Roastery ini berlainan dari cawangan-cawangan Starbucks yang biasa adalah kerana ia menarapkan elemen untuk lebih mendekatkan orang ramai selaku pengunjung terhadap cara pemprosesan kopi serta melihat kopi sebagai elemen yang menarik -bukan sahaja sebagai minuman tetapi juga sejenis subjek yang gah untuk difahami secara terperinci.
Setinggi 4 tingkat, bangunan Tokyo Roastery oleh Starbucks ini mendapat sentuhan arkitek Kengo Kuma dan ia dibina sebegitu rupa agar mampu dijadikan tempat orang ramai berhimpun atau mana-mana parti untuk menganjurkan acara -bukan sekadar kedai kopi yang menerima pelanggan berpotensi.
Jadi kalau ke Tokyo nanti, jangan lupa singgah ke sini!