Kecantikan

Tak Perlu Lagi Pakai Mekap, Kebaikan “Cica” Yang Orang Tak Tahu

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Tak Perlu Lagi Pakai Mekap, Kebaikan “Cica” Yang Orang Tak Tahu

Dr.Jart+ Cicapair, Innisfree Color Clay Mask, Innisfree Bija Cica Balm dan banyak lagi produk menggunakan Cica sebagai bahan utama produk mereka.

Sekejap, Cica tu apa sebenarnya?

Tahukah kamu, Cica menjadi salah satu trend k-beauty untuk beberapa tahun sekitar 2016 – 2018. Hampir semua jenama terkenal telah mengeluarkan jenis krim dan mask yang serupa, umumnya dengan ‘Cica’ sebagai sebahagian daripada nama produk.

Foto – Arkib Wanista

Apa Itu Cica?

Bukan perkataan perubatan atau kosmetik tetapi berasal dari bahan penjagaan kulit istimewa – ‘Centella Asiatica’ membantu menenangkan kulit yang merengsa dan membaiki kulit rosak, bahkan lebih kepada ramuan penyembuhan. Terdapat satu laporan pula, Cica berasal dari Latin –  ‘cicatrix’ (parut). Cica atau dipanggil Gotu Kola dan Tiger Grass sangat kaya akan antioksidan, asid amino, beta-carotenefatty acids, serta berbagai vitamin termasuk vitamin A, B1, B2, dan C.

Foto – Wikipedia

Untuk lebih jelas lagi, Centella Asiatica dalam bahasa melayu dipanggil daun pegaga. Sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman malah mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia dimakan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India sebagai tonik kecerdasan minda.

Baca : Ini Dia Khasiat Daun Pegaga Yang Selama Ini Tidak Anda Ketahui

Magik Cica Pada Kulit Sensitif

Individu yang miliki kulit sensitif memang sangat susah. Kamu tidak boleh menggunakan produk sesuka hati. Ada yang baik untuk orang lain tapi tidak pada kamu. Tapi orang Korea percaya akan keberkesanan Cica dalam merawat wajah mereka. Hasil penyelidikan juga terbukti bagaimana Cica berfungsi dengan baik untuk kulit, lebih-lebih lagi jenis kulit sensitif dan berjerawat.

Foto – Glamour

Penggunaan Cica secara rutin dapat membantu menyihatkan dan mengembalikan kulit ke tahap yang optimal. Kerana miliki sifat anti-inflamasi dan anti-bakteria, Cica mampu merawat dan menenangkan kulit yang berjerawat, iritasi, malah secara perlahan akan menghilangkan jerawat. Tidak hanya itu, Cica juga akan membantu mengurangi kemerahan dan membuat warna kulit tampak lebih sekata.

“Jika anda ingin membaiki, melegakan kulit akibat kemerahan, atau mungkin memerangi jerawat, ramuan ini dapat membantu,” jelas Alicia Yoon, pengasas dan CEO of Peach & Lily.

Kaya akan antioksidan serta vitamin, Cica membantu dalam memperkuat lapisan kelembapan kulit. Ini sekaligus memberi beberapa manfaat untuk kulit yang meliputi;

  • Melembut
  • Hidrasi
  • Kecerahan
  • Meningkatkan Kolagen
  • Awet Muda
  • Bintik Hitam
  • Mengurangkan Kedutan
  • Ketegangan
Foto – theseoulstory.com

Siapa sangka daun pegaga yang kita biasa makan bersama ulaman lain dijadikan bahan utama untuk produk K-Beauty. Bahkan ada ulasan menyebut semenjak menggunakan produk berasaskan Cica, mereka sudah tidak perlu menggunakan foundation kerana kemampuan Cica untuk membuat warna kulit tampak sekata. Sampai begitu sekali, memang genius ye Cica ni.

RUJUKAN : 1234

BACA  Belum Lancar Tapi Produk Skincare Kylie Jenner "Kylie Skin" Dah Kena Cemuh