Ramai yang beri alasan sebab bilik sempit anda malas untuk mengemas kerana in the end ia tetap nampak berselerak. Anda mahu ruang yang luas tapi ruang yang kecil pun sudah malas, macam tu?
Sila ubah gaya fikiran anda, bilik atau ruang yang sempit boleh jadi luas dan bersih paling penting jika anda beri sedikit usaha. Tak perlu beli barang baru, tambah aksesori atau mengalih perabot tapi apa yang anda perlu ialah kerajinan dan kreatif.
#1 Kemas, kemas, kemas
Buang barang yang tidak patut, tamat tarikh luput atau apa sahaja yang sudah tidak berguna. Anda kena faham, ruang penyimpanan sangat terhad jadi jangan tambah lagi kesempitan yang sedia ada. Begitu juga dengan rutin mengemas anda perlu lebih berdisiplin.
#2 Elak guna perabot besar
Simpan sahaja duit untuk membeli perabot gah pada ketika kamu pindah bilik yang lebih besar. Guna teknik minimalistik dalam menggayakan bilik anda. Tidak perlu banyak perabot atau perabot yang besar. Cukup dengan rak penyimpan yang sederhana. Bukan apa, bilik sudahlah sempit, perabot pula besar nanti makin banyak ‘sampah’ untuk disimpan.
#3 Pemilihan warna
Jangan berangan untuk cat ruang yang sempit dengan warna-warna gelap. Sebaiknya pilih warna-warna terang seperti putih paling senang. Kalau anda ingin menghidupkan ruang tersebut tambah sedikit kertas dinding atau lukisan dinding.
#4 Pencahayaan
Selain pilihan warna cat, pencahayaan juga penting bagi memberi ilusi ruang yang luas. Jangan sesekali hadang tingkap atau ruang udara dengan perabot. Ingat ya bilik yang sempit dan tidak mempunyai ruang udara dan cahaya yang baik boleh beri mudarat pada kesihatan. Kuman dan bakteria lebih senang membiak.
Bagi Wanista bilik yang kecil lagi senang nak kemas, setuju tak?