Kecantikan

Perkara Cantik Yang Suami Suka Bila Tengok Isteri

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Perkara Cantik Yang Suami Suka Bila Tengok Isteri

Perempuan memang suka untuk kelihatan cantik dan apa sahaja yang membuat diri mereka tampil menarik. Ia sudah ada dalam jiwa mereka. 

Namun ramai yang mengeluh apabila sudah tidak berumah tangga tidak punya masa untuk bersolek atau berhias sakan seperti zaman bujang. Mula timbul risau jika suami sudah tidak berkenan dan menyampah bila tengok anda. 

Agaknya boleh ke untuk jadi cantik tanpa bersolek tebal atau bergaya seperti Che Ta. Boleh! Wanista yakin dengan beberapa tips dibawah ini kalau anda cuba suami semakin sayang dengan your inside beauty berbanding ‘kecantikan plastik’.

#1 Senyum

Bila suami pulang dari pejabat, sambut suami dengan salam mesra dan senyuman dibibir. Tahukah anda lelaki hati suami yang tengah panas atau serabut dari tempat kerja boleh jadi lembut bila melihat wajah ayu anda. Ditambah pula dengan senyum yang tidak lekang dibibir terus jadi cantik semacam. Namun hati-hati senyum biar ikhlas jangan jadi sengih pula. Itu lain… 

Foto – Women And Health

#2 Bercakap lembut

Wanita sinonim dengan sifat lemah-lembut yang tiada tandingannya. Jadi gunakan ‘kemahiran’ yang anda itu untuk menarik perhatian si suami. Tak rugi pun anda menutur kata yang baik dan lembut pada suami, malah boleh dapat pahala lagi. Syurga dibawah telapak kaki suami, ingat tu! 

Foto – Susan Merrill

#3 Memakai wangian

Pakailah wangi-wangian untuk suami kamu barulah dia pun suka duduk dekat dan sekaligus menambah kemesraan. 

Foto – beautyhealthtips.in

#4 Rambut terurus

Mungkin susah untuk menguruskan rambut bila sibuk dengan anak-anak. Kadang tidak sempat langsung untuk menyikat. Teknik paling senang ialah ikat rambut dengan kemas atau sentiasa potong pendek untuk senang dirapikan. 

Foto – plasticsurgery.org

#5 Pakaian 

Siapa kata pakai baju T-shirt dengan kain batik tak menarik? Kain batik terutamanya menambah lagi aura wanita Melayu klasik dan keayuan sebenar. Cumanya pakailah dengan kemas dan bersih. Barulah suami pun berkenan. 

Foto – Stewardship.com

Sebenarnya kalau si suami benar-benar menyayangi anda, dia akan terima baik dan buruk anda. Paling penting ialah bila dia juga turut melibatkan diri untuk menaikkan semangat anda kembali berseri-seri. Sebagai contoh beri sokongan kewangan, masa dan setia dengan anda walauapapun terjadi. 

BACA  Sangat Praktikal, Segarkan Diri Dengan Haruman "My Perfume Stick" Bersaiz Mini