OMG Crush kamu ada di depan mata. Sukanya melihat muka si dia tapi kamu malu dan diam seribu bahasa.
Takut digelar perigi cari timba, kamu biarkan sahaja perasaan itu surut dengan sendirinya. Ala kesian sangat. Tapi perlu diingatkan sekarang zaman generasi Y, generasi yang mempunyai kelompok manusia yang terkenal dengan sifat-sifat seperti berfikiran di luar kotak (think out of the box), bebas bersuara, celik teknologi terkini (IT Savvy) dan sebagainya. Jadi kenapa perlu difikirkan perihal perigi cari timba… dah minat lakukan sahaja.
Walaubagaimanapun, tips ini hanya untuk wanita yang berani sahaja. Yang tidak Selamat Jalan Romeo…
#1 Tanya secara berseloroh. Mula-mula cuba untuk cakap yang sesuatu yang lucu. Jika kamu berjaya buatkan si dia ketawa, terus minta nombor telefonnya seperti contoh ini: “Kalau awak nak dengar lawak saya lagi, bagilah nombor telefon.”
#2 Tanya kawan. Kenalpasti jika kawan-kawan si dia ada yang kamu kenal. Tapi masalah yang mungkin kamu hadapi, bila kamu hendak menghubungi si dia, pasti dia akan tertanya-tanya siapa kamu dan bagaimana kamu mendapat nombor telefonnya.
#3 Tanya dia jika dia ada telefon. Pelik kan? Tapi dengan cara ini, secara tidak langsung kamu menyedarkan dia tentang telefon kepunyaannya dan mungkin apabila dia sedar nanti, dia akan memberikan nombor itu kepada kamu.
#4 Bagitahu dia yang kamu patut berbual lebih lama. Selepas perbualan yang menarik, dan si dia masih belum meminta nombor telefon kamu, berterus terang saja yang kamu sukakan perbualan itu dan ianya patut diteruskan di talian telefon pula.
#5 Rancang sesuatu yang memerlukan kamu untuk menyimpan nombor telefonnya. Mungkin kamu berdua terlibat dalam tugasan yang sama. Kamu boleh beri alasan, jika perancangan bertukar, mudah untuk kamu hubunginya.
#6 Periksa Facebook. Kadang-kadang ada pengguna Facebook yang meletakkan nombor telefon untuk memudahkan dihubungi. Periksalah, mana tahu nasib kamu baik? Tapi hati-hati, kamu mungkin boleh dituduh sebagai stalker!
#7 Beri nombor telefon kamu padanya. Senang dan tak perlu berbelit-belit dan berkias-kias. Mungkin boleh guna dialog seperti “Biar saya WhatsApps pada kamu nombor telefon saya, nanti kamu hubungilah saya kembali”.
Bagaimana, mudah bukan? Kamu boleh lakukannya. Selamat mencuba!