Kalau anda masih dalam ketinggalan masa, kini di Milan dan Paris sedang sibuk para pereka fesyen dan nama-nama gah dalam dunia fesyen meragakan koleksi terbaru mereka. Disinilah pentas untuk mereka menayang segala penat lelah kreativiti dalam menghasilkan trend pakaian, aksesori dan solekan. Semuanya dinilai secara terperinci oleh individu berpengaruh, selebriti dan editor hebat majalah fesyen.
Kecoh di Paris baru-baru ini apabila sebuah jenama telah debut sebuah beg tangan paling kecil!
Ianya sangat kecil sehingga model hanya perlu menjijit menggunakan satu jari. Beg tangan comel itu hasil luar kotak Jacquemes iaitu jenama meningkat naik dari Perancis. Ia diperkenal sebagai ‘Le Chiquito’ untuk salah satu aksesori dalam koleksi Womenswear Fall/Winter 2019/2020.
Bayangkan hendak bawa duit syiling belum tentu muat, menurut dari Bustle hanya sebiji gula-gula TicTac sahaja yang boleh diisi.
Sebenarnya ini bukan kali pertama Jacquemes mengeluarkan beg bersaiz mikro. Pada Februari 2018, beg tangan bucket ‘Le Vanity Micro’ diperagakan untuk koleksi musim panas.
Didatangi dengan pilihan warna ceria merah, oren, merah jambu dan ditambah lambang ‘J’ sebagai signature. Jangan main-main beg tangan Jacquemes merupakan kegemaran selebriti televisyen Kim Kardashian.
Walaupun kecil, harganya tidak ‘kecil’ seperti saiznya. ‘Le Chiquito’ dijual pada harga $486 iaitu sekitar RM2000!
Apalah motif perekanya mencipta beg sekecil dan dijual pada harga yang boleh pergi bercuti di Korea. Kalau anda banyak duit sekalipun, teringin tak hendak beg tangan ini?