Dekorasi

Tambah Warna Dalam Rumah Dengan Koleksi SOMMAR 2019 Dari IKEA!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tambah Warna Dalam Rumah Dengan Koleksi SOMMAR 2019 Dari IKEA!

Motif bunga daisy retro kini kembali dalam koleksi musim bunga/panas IKEA!

IKLAN

Dipanggil SOMMAR, koleksi barangan yang terdiri daripada aksesori perhiasan rumah, kelengkapan meja makan, tuala, sarung kusyen, alas kaki, permaidani dan banyak lagi ini adalah himpunan hasil rekaan pereka termahsyur termasuklah Lotta Kühlhorn, Malin Unnborn –yang turut mendapat sentuhan kolaborasi bersama Textilgruppen & Papperian.

Dari kiri: Lampu lantai polka-dot merah (RM189); Sofa dua tempat duduk (RM2,110); Permaidani berjalur (RM159). Foto -IKEA

Bagai disimbah dengan warna-warni segar yang pastinya bisa menaikkan keserian dalam kediaman, motif corak yang digunakan juga begitu ceria dengan adanya cetakan floral daisy pada gelas dan pinggan, cetakan polka-dot pada rumah lampu…

Dari kiri: Set pasu tin (RM15.90/2); Lampu Gantungan (RM49.90)

Manakala, perabot logam seperti meja sisi yang disira dengan warna merah menyala serta permaidani yang mewah dengan hamparan jalur berwarna pula mesti mampu mengisi ruangan polos agar tampak lebih mengancam berinsipirasikan konsep retro.

Dari kiri: Set pinggan bungga (RM14.90/4); set gelas bunga (RM29.90/6); teko minuman panas (RM69)
Dari kiri: Lampu luar hiasan (RM165); Bangku Pouffle (RM238)

Bagi yang gemar menyimpan tanaman kecil dalam rumah, ada juga pasu hiasan jenis tin yang siap dihiasi cetakan floral. 

Dari kiri: Tuala Pantai (RM49.90); Bangku/Meja sisi merah (RM89); Kotak berkelah (RM99); Set Mangkuk Berjalur (RM14.90/6)

Untuk keterangan lanjut, sila klik [ikea.com/my/en/summer]. Kunjungi mana-mana cawangan IKEA terdekat hari ini untuk mendapatkan koleksi SOMMAR IKEA 2019 sebelum kehabisan stok!

Dari kiri: Kusyen panjang (RM39); Bangku kayu berjaring (RM129); Sarung kusyen berbutang (RM49)

Untuk pengetahuan semua, barangan IKEA juga boleh ditempah dan dibeli secara atas talian pada nilai kos penghantaran yang boleh dirujuk [DI SINI]

IKLAN