Tips - Kesihatan

Badan Langsing Selepas Beranak, Miranda Kerr Minum Jus Saderi Setiap Pagi

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Badan Langsing Selepas Beranak, Miranda Kerr Minum Jus Saderi Setiap Pagi

Mungkin anda pernah melihat #celeryjuice memenuhi ruang Instagram.

IKLAN

Tertanya juga penulis, apakah hype tentang Jus Saderi ini, sehingga ramai mengamalkannya. Miranda Kerr mendedahkan dia mengambil jus sederi setiap pagi untuk kesihatan luaran dan dalaman, malah sebagai superfood kekal awet muda.

“Saya selalu memulakan hari dengan segelas jus saderi yang segar dan sejuk. Saya buat di rumah, ” jelasnya dalam satu temu bual.

Foto – Aaptiv

Pakar Kata

Tahukah, seorang pengamal kesihatan dari Amerika Syarikat, Anthony William ada mendedahkan bagaimana jus saderi dapat merungkai pelbagai masalah kesihatan. William berkata kandungan natrium dalam saderi membantu memecahkan patogen yang mencetuskan penyakit kronik dalam badan sekaligus meneutralkan racun. Walaupun dakwaannya kelihatan agak melampau, tetapi dengan minum jus tersebut secara konsisten, William akui keadaan kesihatannya bertambah baik.

“Ia membantu mengatasi masalah kesihatan berkaitan pencernaan, kulit, migrain, lemah tenaga, penyakit autoimun dan ratusan penyakit lain,” terang Willian.

Agar lebih berkesan, William menywarakan orang ramai minum 400 mililiter jus saderi setiap hari dalam perut kosong dan berehat 30 minit sebelum makan makanan lain.

Kandungan Jus Saderi

Jus saderi mengandungi vitamin A, C, K, folat, kalsium, kalium, natrium, magnesium, fosforus, elektrolit, air dan sejumlah vitamin dan mineral yang lain.

Nutrien dalam saderi bukan sahaja untuk memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan lancar, tetapi juga dapat membantu;

  • Berasa cepat kenyang
  • Baik untuk penurunan berat badan
  • Mengimbangi paras gula dalam darah
  • Mengekalkan paras kolesterol yang sihat
  • Baik untuk kesihatan usus
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2
Foto -Food & Nutrition Magazine

Bukan untuk kesihatan sahaja malahan kecantikan juga, ada laporan mengatakan pengambilan saderi boleh menghidratkan badan termasuk kulit (mengandungi kandungan air yang tinggi sehingga 95%). Sel kulit yang hidrasi menjadikan kulit lembut dan licin. Kulit lembap juga akan mengelak kita dari tanda penuaan termasuk kedutan dan garis halus.

IKLAN

Berbaloi?

Tidak ada salahnya minum jus saderi jika ia memberi kesan positif pada badan. Tapi faedah yang sama boleh didapati dengan mengambil sayuran hijau yang lain, tidak hanya fokus kepada jus saderi semata-mata. Kalau boleh pelbagaikan lebih banyak sayuran setiap kali mengisi perut, dan minum air kosong.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1234