Mula dijual hari ini! Jenama francais aiskrim terkemuka di Malaysia, Inside Scoop, nampaknya kembali menjadi bualan peminat manisan sejuk beku apabila tampil dengan perisa baharu yang dicipta menerusi gula-gula kegemaran ramai “White Rabbit”.
Jika kamu adalah individu yang lahir sekitar era 90-an, kamu pasti kenal dan gemar benar dengan rasa keenakan gula-gula yang memiliki balutan plastik jernih (dibuat dari tepung beras) yang boleh dimakan sekali ini.
Menurut laporan World of Buzz, beberapa minggu lalu, jenama gerai aiskrim di Los Angeles iaitu Wanderlust Creamery yang melancarkan perisa gula-gula White Candy pada awalnya. Hal itu kemudiannya membuatkan ramai rakyat Malaysia menjadi hampa kerana ia cuma boleh didapati di Amerika.
Netizen kemudian membawa berita itu kepada Inside Scoop sebelum akhirnya impian orang ramai seolah termakbul apabila Inside Scoop mengejutkan semua dengan pengeluaran perisa gula-gula White Rabbit yang mendapat permintaan tinggi itu. Untunglah!
Bagi yang berminat, aiskrim perisa gula-gula White Rabbit ini hanya ditawarkan di kedai Inside Scoop cawangan sekitar Lembah Klang malah, bilangan ais krim juga adalah terhad untuk cuma 100 skop sahaja bagi setiap kedai.
Untuk kamu yang tidak mampu menahan kecewa, lekas ke mana-mana cawangan Inside Scoop sekitar Lembah Klang bermula jam 8pm hari ini dan harga untuk setiap satu skop adalah RM8.30.
Lihat senarai cawangan Inside Scoop sekitar Lembah Klang [DI SINI]