Fesyen

Sumpah Bae Suzy Paling Cantik Dan Sopan Di Pertunjukan Fesyen Dior

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Sumpah Bae Suzy Paling Cantik Dan Sopan Di Pertunjukan Fesyen Dior

Bila masa goddess kelahiran Korea Selatan ini tidak cantik? Beritahu penulis…

Sama ada memakai mekap atau tidak, kecantikan semulajadi wanita muda ini cukup mempesonakan malah tidak pernah mengecewakan kita semua. Wajahnya sentiasa sedap mata memandang.

Nah, lihat sini – Tak Pakai Mekap Pun Cantik, Lihat 10 Foto Bae Suzy Bikin Kamu Cemburu

Bagaimana mengecapi rupa paras putih bersih? Suzy menggunakan kaedah pembersihan muka 4-2-4. Rutin kecantikan selama 10 minit akan memastikan wajah dibersihkan dengan sempurna dan bebas daripada segala kotoran. 10 minit bermaksud – 4 minit untuk bersihkan mekap, 2 minit mencuci muka dengan pembersih dan 4 minit membilas muka sebersihnya.

Lebih jelas – Oh Ini Rupanya Cara Bae Suzy Cuci Muka… Senang Je!

Menghadirkan diri ke pertunjukan fesyen label Christian Dior untuk musim sejuk/luruh 2019, Suzy sekali lagi mencuri tumpuan lensa dengan gayanya tersendiri.

Mengenakan ensemble dari Dior, Suzy manis sekali dalam skirt berlisu dipadankan dengan jaket, aksesori beret hat dan dilengkapkan dengan tas tangan Dior Saddle. Paling menarik apabila skirt berlisu yang jarang dalamnya dipakai tight jala ikan, jelas sopan seperti gadis Melayu lagaknya.

Untuk mekap pula, seperti biasa Suzy memilih gaya ‘no makeup look’ dan hanya memakai gincu rona merah untuk menambah seri.

Penulis sukakan gaya Suzy, just nice dan tak terlalu sarat. Lagi satu yang menariknya sangat sopan.

BACA  Pesta Corak & Sequin Di Karpet Merah Billboard Music Awards 2019!