Makanan

Suka Makan Hati Lembu Rahsia Marilyn Monroe Miliki Tubuh Melentik?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Suka Makan Hati Lembu Rahsia Marilyn Monroe Miliki Tubuh Melentik?

Kalau diikutkan, nama Marilyn Monroe sering dikaitkan sebagai ikon seks era 50-an kerana gerak-gerinya yang seksi serta penampilannya yang sering dianggap mengiurkan oleh kebanyakan orang.

Sering mengoles gincu merah di bibir, siapa sangka sebenarnya kisah kehidupan glamor bintang yang seorang ini sehingga kini masih menjadi ikutan ramai bahkan, pelan diet Marilyn Monroe telah didedahkan kepada umum baru-baru.

Ia merupakan beberapa helai penulisan tentang Marilyn Monroe dalam majalah Peagent terbitan tahun 50-an.

Sumber: Pinterst

Menurut sumber, bintang itu berjinak-jinak dengan amalan diet pelik dan ini termasuklah gemar memakan hati lembu untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badannya.

Minum Susu Suam Dengan Telur Mentah

Marilyn Monroe pernah menjelaskan bahawa sarapan yang diambilnya setiap hari adalah termasuk meminum secawan susu suam dengan dua biji telur mentah!

Sumber: Pinterest

“Sebelum mandi setiap pagi, saya akan memanaskan secawan susu. Selesai mandi, saya akan memecahkan dua biji telur ayam mentah ke dalam susu yang siap dipanaskan tadi, lalu mengacaunya dengan garfu”…

“Tidak ketinggalan, saya juga ambil pil suplemen sebagai makanan tambahan ketika bersarapan”.

Gemar Makan Hati Lembu

Mungkin bagi orang muslim rata-ratanya menolak pengambilan organ binatang kerana ia dikatakan memiliki impak negatif buat kesihatan umum manusia meskipun memiliki rasa yang enak, namun lain pula pendapat Marilyn Monroe.

Sumber: Pinterest

Marilyn menjelaskan yang dia tidak suka makan di luar saat mengembara atau saat bertugas di luar daerah. Sebaliknya, dia akan pergi ke mana-mana pasaraya yang terdekat dengan hotelnya dan membeli daging stik, hati mahupun daging kambing lalu membakarnya sendiri menggunakan oven di bilik hotel.

Bersenam Untuk Kekal Keanjalan Payudara

Tidak seperti wanita lain yang lebih gemar berjogging mahupun mengamalkan senaman mudah seperti aerobik untuk kekal langsing, Marilyn Monroe mengaku yang dia mengamalkan senaman berat untuk memontokkan payudara.

Sumber: Pinterest

Ini adalah termasuk dengan mengangkat berat 2kg sambil berbaring di lantai. “Saya lakukan langkah ini sebanyak 15 kali secara perlahan-lahan. Seterusnya meletakkannya pada sudut 45 darjah dari lantai dan menggerak-gerakan pada gerakan membulat sehingga saya penat,” ujar Marilyn.

Sekali-Sekala Makan Aiskrim!

Kita seboleh-bolehnya mahu mengelak manisan dan sebarang makanan bergula atau berlemak ketika berdiet, tetapi bagi Marilyn, dia tidak gemar mengamalkan diet ekstrem jadi pada masa-masa tertentu, dia akan sekali-sekala memberi ganjaran pada diri dengan pemanis mulut seperti aiskrim sundae. 

Sumber: Pinterest

“Adalah bagus bahawa saya memakan makanan yang ringkas pada hari biasa. Namun, sejak akhir-akhir ini saya terpengaruh dengan tabiat untuk berhenti di mana-mana cawangan Will Wright’s untuk dapatkan aiskrim semasa dalam perjalanan pulang dari kelas drama pada waktu petang,” jelas Marilyn.

Pelik Tapi Ini Manfaat Makan Hati Binatang

Menurut perkongsian Healthline.com, meskipun pemakanan organ seperti hati sudah tidak mendapat sambutan dalam masyarakat moden hari ini, hati boleh dikira sebagai makanan paling bernutrisi di planet.

Dengan hanya memakan sedikit kuantiti hati lembu seperti yang diamal Marilyn Monroe, ia mampu menyumbang lebih 100 peratus RDI yang bisa menggantikan vitamin dan nutrien lain yang diperlukan badan. Ia juga kaya dengan kandungan protein berkualiti tinggi serta rendah kalori!

Sumber: Pinterest

Untuk pengetahuan semua, pengambilan makanan tinggi protein mampu menurunkan berat badan malah, mengurangkan rasa lapar serta berkesan mengawal selera. Mungkin sebab itulah Marilyn Monroe menjadikan hati lembu sebagai makanan utamanya.

Berminat nak cuba? ❤️

SUMBER 1, 2, 3

BACA  Nespresso Tawar Si Kaki Kopi Dengan Pilihan Kopi Tertua Di Dunia