Lelaki sering menggambarkan wanita adalah anugerah terindah di mana, rata-rata mereka memiliki ‘imaginasi terlampau’ bahawa kaum hawa itu perlulah sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki, barulah layak digelar “Cantik”.
Namun, semua itu adalah salah faham yang paling utama kerana mana mungkin ada wanita yang sempurna secara realistiknya betul tak? Melainkan jika individu wanita itu mengambil suplemen, menyuntik botoks, melakukan pembedahan plastik dan sebagainya bagi mengubah atau mengekal sedikit-sebanyak bahagian-bahagian fizikal mereka supaya senantiasa dilihat menawan.
Apa jelas, yang cantik-cantik itu semuanya artis dan orang biasa seperti kita ini? Sempurna sangatkah? Ini Wanista dedahkan 3 ‘kecacatan’ nyata yang ada pada kebanyakan wanita dan ia sebenarnya normal.
#1 Tanda Regangan Di Bahagian Tubuh
Selalunya, stretch marks atau tanda regangan ini dikaitkan dengan mereka yang sedang hamil dan ibu baru melahirkan. Ia kemudian boleh dilihat nyata pada bahagian perut sehingga adakalanya, bisa menekan emosi si wanita kerana tidak mampu menerima perubahan fizikal mereka setelah bergelar ibu.
Namun begitu, tahukah kamu bahawa gadis sunti juga adakalanya memiliki tanda regangan di beberapa bahagian tubuhnya? Di pinggul, di bahagian lengan, di celah peha dan sebagainya… Jadi kalau ada lelaki yang membaca artikel Wanista ini, ketahuilah bahawa tiada wanita yang hidup tanpa sebarang parut. Orang kurus seperti penulis ini pun ada tanda regangan tau… it’s normal girls!
#2 Bulu Roma Lebat
Kalau kamu dilahirkan dari keturunan yang berbulu lebat itu kita faham, tapi percaya tak ramai wanita cantik diluar sana tu sebenarnya lebih berbulu dari kamu yang sedang membaca penulisan Wanista ni?
Kalau tak percaya boleh tonton video Youtuber cantik manis Alexandra ni. Dia tanpa segan silu menayang bulu kakinya yang mungkin jauh lebih lebat dan kasar daripada kaum lelaki.
Tonton Youtuber Alexandra Cukur Bulu Kaki
Pokoknya, kalau rupa cantik tak semestinya tak berbulu tau? Gamaknya, tuan badan kenalah rajin bercukur sampai ke tua. Jadi kalau bakal isteri kamu jenis berbulu lebat, janganlah pandang pelik pada dia hehe. Ramai je perempuan lain kat luar tu yang berbulu.
#3 Keguguran Rambut Ekstrem
Baik yang masih gadis atau yang sudah bergelar ibu, hormon wanita sebenarnya banyak mempengaruhi perubahan fizikal mereka.
Seperti pertumbuhan rambut, setiap daripada kita memiliki keadaan rambut berbeza namun bagi yang bertudung, masalah keguguran rambut memang sukar dibendung. Gunalah syampu jenis apa sekalipun pasti tak menjadi.
Justeru kalau isteri kamu berambut jarang/sikit sehingga menampakkan kulit kepala. Tetaplah menghargai dia. Jangan asyik bising pula bila nampak rambut isteri bersepah-sepah.
Penulis nak ingatkan bahawa tiada seorang wanita pun yang sempurna di dunia ini. Paling tidak, pasti ada sekelumit kecacatan pada dirinya yang selama ini disorok daripada pandangan umum. Hargai diri sendiri dan bagi lelaki, jangan banyak komplen!
Selamat beramal ❤