Kecantikan

Miss Universe Filipina Catriona Gray Dan Pia Wurtzbach Gambar Bersama. Siapa Lagi Cantik?

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Miss Universe Filipina Catriona Gray Dan Pia Wurtzbach Gambar Bersama. Siapa Lagi Cantik?

Agaknya bagaimana reaksi netizen bila dua orang jelitawan gambar bersama?

Di sini penulis maksudkan pemenang Miss Universe 2018 Catriona Gray yang disambut meriah dalam acara homecoming pada 24 Februari di Araneta Coliseum, Quezon City.

Wakil Filipina untuk Miss Universe seperti Venus Raj, Shamcey Supsup, Ariella Arida, Mary Jean Lastimosa, Maxine Medina, dan Rachel Peters berkumpul untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pemenang Miss Universe itu.

Yang menjadi tumpuan apabila Miss Universe 2015 Pia Wurtzbach turut menghadirkan diri. Sempat gambar bersama, rata-rata netizen teruja melihat kemesraan mereka berdua. Ada juga yang tidak jemu melihat kejelitaan Pia dan Catriona. Ada juga turut tumpang dengan kejayaan mereka.

Tapi bila dua orang cantik gambar bersama, semestinya ada kata-kata sumbang yang membanding beza Pia dan Catriona – siapa lagi cantik, siapa lagi bijak dan sebagainya.

Pada penulis tidak perlu difikirkan itu semua kerana mereka berdua sudah mengharumkan nama negara sendiri jadi kenapa perlu timbul perkara negatif.

Tapi tak dinafikan Catriona memang lawa. Muka dia berseri habis!

RUJUKAN

BACA  Tak Perlu Rawatan Laser, Kulit Putih Bersih Dengan Produk Dr. Wu Je