Sebagai seorang wanita yang harus sentiasa menjaga penampilan, sudah pasti bibir adalah bahagian paling utama di wajah yang sering dioles dengan 1001 produk bibir termasuklah gincu dan pengilat bibir.
Sudahlah seharian bergincu, tanpa sedar sebenarnya ramai di antara kita kemudian terpaksa menghadap keadaan bibir yang kusam dan kering. Produk bibir sedikit sebanyak menyumbang kepada permasalahan itu.
Biarpun ramai menyarankan penggunaan pelembap bibir, sukar pula untuk mengoles gincu kerana warnanya akan bercapuk apabila sudah bercampur bersama nanti. Ini kerana pelembap bibir (lip balm) biasanya mempunyai tekstur yang lebih berkilau. Jadi memang tak cantik andai dilapis dengan sapuan gincu kegemaran kita.
Untuk itu, Innisfree tampil dengan inisiatif baharu bagaimana para wanita bisa emndapatkan tekstur bibir yang halus dan mungil tanpa sebarang rekahan kekeringan mahupun kekusaman bibir gelap. Ini dia Innisfree Lip Sleeping Mask!
Terdapat dalam dua pilihan termasuklah edisi Green Tea dan Canola Oil, setiap satunya mampu memberi kelembutan pada bibir sepanjang masa bahkan diramu menggunakan 99.9 peratus bahan dari alami tahu?
Caranya, hanya perlu sapu lapisan tebal lip sleeping mask pada keseluruhan bibir dan biarkan ianya sepanjang malam merawat keadaan bibir kamu.
Keesokan paginya, ambil tisu atau kain lembap lalu kesat sisa lip sleeping mask tersebut, kamu pasti akan lihat kesan segeranya apabila ia mampu menanggalkan kesemua kulit kering dan sel mati pada bibir. Bibir jadi lembut, bertambah mungil serta lebih cerah!
Setiap satu Innisfree Lip Sleeping Mask ini dijual pada harga RM54/17g. Ia mungkin mampu bertahan sehingga 3 bulan jika digunakan sekali hingga dua kali seminggu.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [innisfree.com/my].