Muzik

Gambar Bukti Peminat The Beatles Era 60-an Lagi Ekstrem & Teruk Dari Kpopers

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Gambar Bukti Peminat The Beatles Era 60-an Lagi Ekstrem & Teruk Dari Kpopers

Walaupun konsert Blackpink sudah berlangsung dengan jayanya pada hujung minggu lepas tapi masih banyak lagi bunyi yang mengkritik bahkan meluahkan ketidakpuasan hati. Bukan sahaja dikalangan netizen, malah selebriti seperti Abby Abadi dan Caprice antara yang lantang bersuara. Bila pertelingkahan sebegini terjadi, seperti biasa peminat K-Pop membanjiri setiap komen dan mempertahankan artis kegemaran sehingga netizen Malaysia melabel Kpopers obsesi dan pantang ditegur.

Foto – IDWS

Sebenarnya fenomena peminat obsesi telah wujud sejak di zaman The Beatles lagi, malah lagi teruk. Beatlemania adalah fenomena kegilaan peminat kepada band rock Inggeris “The Beatles” pada tahun 1960-an. Populariti mereka mula berkembang di United Kingdom pada akhir 1963.

Foto – PA Wire

Ketika lawatan mereka di seluruh dunia untuk menjayakan konsert tour, Beatlemania telah dilabel pada tahap histeria yang sangat menggerunkan di mana peminat wanita menjerit nyaring sehingga menyebabkan setiap lagu yang dinyanyikan The Beatles tidak dengar. Sepanjang tahun 1963 terdapat laporan gadis-gadis remaja berteriak, menangis, pengsan dan mengejar band di jalanan sehingga memerlukan bantuan polis pengiring bagi meredakan keadaan.

Saya nampak peminat cuba menghampiri drumkit Ringo, kemudian ada 40 peminat mabuk yang cuba merobohkan pagar kawasan pentas, peminat wanita pengsan, menjerit sehingga basah bermandikan peluh. Keadaan yang cukup tragis dan menakutkan,” jelas promoter konsert The Bestles di Scotland, Andi Lothian.

Lihat koleksi gambar rare fenomena Beatlemania yang berlaku era 60-70.

#1

Foto – Buzzfeed News

#2

Foto – Buzzfeed News

#3

Foto – Buzzfeed News

#4

Foto – Buzzfeed News

#5

Foto – Buzzfeed News

#6

Foto – Buzzfeed News

#7

Foto – Buzzfeed News

Bayangkan Beatlemania sudah berlaku era 60-an lagi. Nak dibandingkan dengan Beliebers, Swiftties, apa la sangat. Tapi pengecualian pada peminat K-Pop seperti ARMY, Blinks, EXO-L, Once -mereka boleh tahan ekstrem.

RUJUKAN : 123

BACA  Kenali Bae Yoon Jung, Choreographer Seksi Yang Cipta Tarian K-Pop Paling Ikonik