Acara

Dapat Sampel Syampu L’Occitane Percuma Di Gerai Pop-Up Fahrenheit Mac Ini!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Dapat Sampel Syampu L’Occitane Percuma Di Gerai Pop-Up Fahrenheit Mac Ini!

Sehubungan dengan acara anjuran besar-besaran L’Occitane bertemakan “FREE YOUR HAIR” sekitar Mac ini, jenama kosmetik dan rangkaian penjagaan peribadi asal dari Switzerland itu nampaknya begitu komited mahu memberikan konsultansi berkenaan kesihatan rambut dan kulit kepala selain ada juga mengedarkan sampel produk rambut terkininya buat para peserta sekalian!

IKLAN

Khidmat rundingan kesihatan rambut dan kulit kepala yang ditawarkan juga adalah percuma, pengguna yang berminat hanya perlu mendaftarkan diri menerusi laman sesawang [experienceloccitane.com] sebelum tampil menghadirkan diri pada tarikh dan di lokasi yang berikut:-

Gerai Pop-Up L’Occitane Aromachologie. Sumber: L’Occitane Malaysia

Gerai Pop-Up L’OCCITANE Aromachologie “Free Your Hair”

Tarikh: 1 – 31 Mac 2019

Tempat: Kawasan pintu masuk pusat membeli-belah Fahrenheit 88, Bukit Bintang, KL. (bertentangan Pavilion KL/bersebelahan Starhill Gallery)

Waktu: Setiap hari dari jam 10am hingga 10pm

Untuk pengetahuan semua, rangkaian penjagaan dan kesihatan rambut L’OCCITANE Aromachologie yang diserikan dengan bau-bauan hebat aromaterapi ini terdapat dalam empat pilihan fungsi termasuklah Revitalizing Fresh, Intensive Repair, Nourishing Care dan Body & Strength.

Sumber: Pinterest

Setiap satunya memiliki fokus tersendiri sama ada untuk memperbaiki kekuatan rambut untuk mengurang risiko keguguran (Body & Strength), melembutkan struktur rambut agar bebas kekusutan (Nourishing Care), menambah baik kondisi rambut dari akar agar bebas kerosakan (Intensive Repair) serta membersihkan kulit kepala supaya tidak berminyak dan segar senantiasa (Revitalizing Fresh).

Kempen “Free Your Hair” oleh L’Occitane Malaysia. SUmber: Sumber: L’Occitane Malaysia

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/loccitane.my]. Jangan lupa hadirkan diri ke gerai Pop-Up L’OCCITANE Aromachologie untuk membebaskan rambut dari segala permasalahan yang mengundang kecacatan pada mahkota kewanitaan mu! Sampel syampu L’Occitane mengikut keadaan dan masalah kamu akan diberikan selepas khidmat rundingan dilakukan.

Ingat, yang bertudung pun perlu jaga kesejahteraan rambut demi keselesaan diri dan suami tercinta ❤️

IKLAN