Walaupun Oscars 2019 sudah berakhir tapi demam kehangatan masih dirasai.
Pernah kamu alami situasi di mana kamu berkunjung ke lokasi pengembaraan sesuatu filem yang ditonton. Sebagai contoh, perkampungan orang Hobbit yang terletak di New Zealand – kamu teruja ingin mengalami perasaan sendiri bagaimana setiap babak dilakukan.
Untuk itu, Agoda, salah satu syarikat percutian digital yang paling pesat berkembang di dunia, berkongsi senarai idea percutian yang diilhamkan oleh filem-filem terlaris di pawagam dan pemenang anugerah.
Kamu Suka Tarikan Percutian Penuh Aksi
Sekiranya filem cereka sains dan peluang untuk menemui dinosaur di dunia moden adalah lebih sesuai dengan keinginan kamu, Oahu, Hawaii adalah wajib dikunjungi kerana ia adalah tempat Jurassic Park: Fallen Kingdom difilemkan. Lokasi ini bukan sahaja latar belakang yang sesuai untuk makhluk pupus, ia juga adalah destinasi percutian yang dipenuhi lautan, gunung berapi, aktiviti sukan luar dan alam semulajadi sebagai tarikan.
Percutian Di Bandar Sahaja
Sebagai contoh, Crazy Rich Asians adalah sebuah filem komedi romantik hebat yang menarik minat ramai pelancong untuk ke Singapura. Filem ini menampilkan beberapa lokasi terkenal untuk diterokai di Kota Singa ini, dari taman terkenal, Gardens by the Bay sehingga gerai-gerai makanan di Newton Food Centre.
Mungkin kamu ingin melawat kawasan pengembaraan filem Black Panther. Filem Black Panther menampilkan babak pertarungan hebat di dalam kasino serta babak kejar-mengejar kereta di Busan, Korea, sebuah bandar yang dikatakan lebih indah pada waktu malam berbanding dengan siang. Pada waktu siang, kunjunglah lokasi-lokasi menarik yang tidak ditampilkan di dalam filem tersebut seperti pantai-pantai Busan, mata air panas, dan kuil. Malam pula, kamu masih boleh mengalami pengalaman di tempat-tempat istirahat mewah atau kelab malam di Busan.
Destinasi Muzikal Yang Mengasyikkan
Ya, filem Bohemian Rhapsody menampilkan persembahan kumpulan tersebut di dalam konsert Live Aid di Stadium Wembley. Stadium ini adalah salah satu lokasi paling popular untuk konsert artis-artis tersohor selain daripada menjadi tuan rumah kepada bola sepak Inggeris.
Los Angeles adalah latar belakang kepada beberapa babak utama di dalam versi baru filem A Star is Born. Sepanjang filem ini, kebanyakan persembahan konsert utama yang ditonjolkan difilemkan di lokasi-lokasi di sekitar Los Angeles. Ini termasuk Teater Greek yang boleh memuatkan seramai 5,870 penonton, Teater Regent yang selesa, dan Auditorium Shrine, sebuah mercu tanda dengan pelbagai acara filem dan muzik pernah dilangsungkan.
Untuk membuat tempahan, pergi sahaja ke [www.agoda.com].
Selamat Bercuti!