Kesihatan

Kenal Pasti Individu Kemurungan Melalui Cara Pertuturan

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Kenal Pasti Individu Kemurungan Melalui Cara Pertuturan

Orang zaman sekarang mudah mengungkapkan perkataan depresi atau murung. Rasa tekanan sedikit, sudah melabelkan diri kemurungan, seakan mengambil mudah akan terma tersebut.

Padahal kemurungan adalah penyakit serius yang melibatkan seseorang berasa rendah diri atau kosong sepanjang masa, tahap tenaga yang menurun, hilang minat dalam aktiviti atau hobi, masalah kesukaran tidur, hilang selera makan, bahkan boleh mendorong seseorang untuk melakukan perkara berbahaya terhadap diri sendiri, termasuklah bunuh diri.

Giphy

Tahukah kamu, berdasarkan laporan terkini daripada World Economic Forum, dianggarkan 275 juta orang mengalami gangguan kegelisahan. Sekitar 62% atau 170 juta daripada mereka yang mengalami kegelisahan adalah perempuan berbanding 105 juta pesait lelaki.

Kenal Pasti Melalui Pertuturan

Hal ini menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Clinical Psychological Science telah mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya salah satu cara anda boleh mengesan kemurungan pada orang kesayangan adalah dengan memerhatikan jenis perkataan yang mereka gunakan.

Para penyelidik yang menjalankan analisis mendapati bahawa orang yang mengalami kemurungan cenderung bercakap secara mutlak, sering menggunakan kata-kata seperti “tiada apa-apa (nothing),” “tidak pernah (never),” “semua orang (everyone),” dan “segala-galanya (everything).”

Tumblr

Penemuan lain menunjukkan bahawa mereka yang mengalami kemurungan menggunakan banyak perkataan dan kata-kata negatif seperti “kesepian (lonely),” “sedih (sad),” atau “sengsara (miserable)” dalam pertuturan harian. Mereka juga menggunakan kata ganti tunggal yang pertama, sebagai contoh “diri saya (myself),” yang mungkin mencerminkan perasaan mereka.

Pakar Mohammed Al-Mosaiwi, Psikologi di Universiti of Reading, UK menjelaskan corak penggunaan kata ganti diri menunjukkan mereka yang mengalami kemurungan lebih tertumpu kepada diri mereka sendiri, dan kurang berkait dengan orang lain.

Jika ada orang tersayang mengalami kemurungan, tolong jangan gunakan nasihat atau berikan kata-kata ini kepada mereka. Ingat kata-kata ini hanya akan MEMBUNUH mereka lagi…

Foto – Certainly Her

“Orang lain jauh lebih teruk”

Nasihat ini tidak akan membantu individu menyelesaikan masalah mereka. Individu yang murung hanya memerlukan seseorang untuk berada di sisi dan memberi sokongan.

“Kehidupan adalah sukar”

Nasihat ini akan mengeruhkan lagi perasaan penghidap kemurungan, bukannya membantu mereka sebaliknya. Apa yang anda boleh lakukan ialah menunjukkan perasaan empati.

“Anda terlalu sensitif”

Kata-kata ini akan memperkecilkan penghidap kemurungan kerana mereka akan merasakan diri tidak berguna.

“Hidup perlu diteruskan”

Bunyi sahaja dah salah. Ini menunjukkan yang anda sebenarnya tidak prihatin terhadap masalah yang mereka alami.

Foto – Scott & Shannon Peck

“Keluar dan bergembiralah!”

Menasihati mereka supaya bergembira akan memberi kesan yang bertentangan. Ini akan menimbulkan salah saham seolah-olah keadaan mereka sangat teruk dan tidak berguna.

“Sakit itu perkara normal”

Jangan sesekali memperlekehkan aduan mereka tentang kesakitan yang dialami. Sebaliknya, galakkan mereka untuk mendapatkan rawatan, dengar masalah perasaan yang dialami.

Anda boleh merasa tertekan dengan pelbagai perkara dalam hidup anda. Beberapa simptom kemurungan boleh mendatangkan impak dalam kehidupan dan kesihatan anda. Walaubagaimanapun, anda boleh menangani kemurungan dengan belajar untuk berfikiran positif. Ia mungkin mengambil masa, tetapi hasilnya pastinya memberikan kesan yang baik.

RUJUKAN : 123

BACA  Tak Elok Rupanya Minum Banyak Air, Ni Bahana Korang Kena Tahu