Beli satu percuma satu, promosi flash deals, diskaun 50%, 60% hingga 70%?
Inilah masanya untuk kamu menambah stok barangan kecantikan, keperluan peribadi serta ubat-ubatan apabila Watsons Malaysia tampil dengan festival jualan murah atas talian dari 25 Februrai hingga 3 Mac akan datang!
Menawarkan seleksi produk dari kumpulan jenama terbaik, jangan ketinggalan mendapatkan harga tiga unit barangan pada RM33, mendapat potongan harga 33% bila membeli dua unit produk lebih dan banyak lagi sepanjang berlangsungnya Watsons 3.3 Aw3some3 Online Festival.
Sementara sedang rambang mata membeli-belah tu, kamu sebenarnya berpeluang memenangi baucer bernilai hingga RM333,000 tahu?! Cuma perlu muat turun aplikasi Watsons ke telefon pintar dan sertai Play & Win setiap hari -kemudian boleh memanfaatkan baucer yang dimenangi untuk membeli lebih banyak sehingga 3 Mac 2019 nanti.
Apa yang menarik, kesemua pembelian semasa jualan murah Watsons 3.3 Aw3some3 Online Festival ini layak menerima penghantaran percuma dengan sebarang pembelian maksimum RM100.
Untuk sertai kemeriahan jualan murah berlipat kali ganda oleh Watsons ini, sila klik [watsons.com.my] dan mulalah membeli-belah secara jimat sekarang!