Kalau gemarkan gabungan aksi dan lucu yanng tidak berkesudahan, Wanista janji yang kamu pasti tak kering gusi menonton sekual “Bikers Kental 2” yang menyaksikan kesinambungan dari sekual pertamanya yang menampilkan lakonan Helmi Yusof, Zizan Razak, Awie, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan ramai lagi!
Berkisarkan tentang kehidupan anak muda bernama Bidin Al-Zhaifa (Zizan Razak), yang kini sudah memiliki dua perniagaan sendiri dalam bidang permotoran. Dia baru berjinak-jinak untuk membangunkan perniagaan yang menawarkan servis air brush serta menjual pelekat hiasan untuk motor menerusi pengurusan bisnes kecil-kecilan.
Tonton Trailer Lucu “Bikers Kental 2”
Rentetan dari kisah itu, Bidin menyulam cinta dengan seorang gadis Thailand bernama Cherry Porntit biarpun hanya dengan cara berhubungan jarak jauh, namun sangat bertekad mahu memperisterikan gadis cantik itu yang kini sedang menetap di Hatyai.
Untuk menemui Cherry sekaligus melangsungkan hasrat hatinya, Bidin mahu ke Hatyai dengan motosikal kesayangannya model Aprilia RSV4 namun tanpa diduga -bakal berdepan dengan onak dan duri sebaik bertembung dengan musuh di sempadan Thailand nanti. Apakah yang bakal terjadi kepada Bidin dan bisakah dia bertemu Cherry untuk melamar kekasih hatinya itu?
Tayangan Perdana “Bikers Kental 2”
Tarikh: 5 Mac 2019 (Selasa)
Masa: 8.45 malam
Lokasi: TGV, Sunway Velocity
Hall: 2
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sudah tentu kali ini Wanista berbesar hati mahu berkongsi tiket percuma ke Tayangan Perdana filem “Bikers Kental 2” bersama dengan semua pembaca dan untuk layak menerima tiket percuma, setiap peserta harus menjawab satu soalan mudah seperti di bawah:-
Soalan:
Apakah model motosikal kesayangan Bidin?
Syarat pernyataan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
2. Jawapan boleh dihantar ke alamat email submit@wanista.com dengan tajuk “Bikers Kental 2”.
3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC dan Nombor Telefon Pintar.
4. Peraduan ini hanya sah dari 25 Februari hingga 4 Mac 2019.
5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang beri jawapan paling tepat dan keputusan hakim adalah muktamad.
7. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem “Bikers Kental 2” pada (Selasa) 5 Mac 2019 dari jam 8.00pm hingga 8.45pm di TGV, Sunway Velocity.
Nama pemenang akan diumum menerusi alamat email masing-masing selewat-lewatnya pada 4 Mac 2019. Cepat sertai Giveaway Wanista kali ni! ❤️
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/bikerskental2official].