Goddess kelahiran Korea Selatan ini memang terkenal dengan rupa paras cantik semulajadi. Mukanya dari zaman awal debut sehingga sekarang masih sama, langsung tak mamah dek usia. Walaupun kini sudah memasuki usia senja, lewat 30-an.
Selain wajahnya, stail rambut Song Hye Kyo selalu menjadi perhatian. Lebih senang berambut pendek, baru-baru ini beliau mengejutkan ramai dengan penampilan berambut panjang dan berombak.
Ya, bila kali terakhir beliau berambut panjang, rasanya agak lama… Bukanlah penulis katakan beliau tidak cantik berambut pendek tetapi rambut panjang menyerlahkan lagi kejelitaan serta keayuan seiring dengan usia.
Berada di Singapura untuk pelancaran produk Sulwhasoo, Song Hye Kyo kelihatan ayu berambut panjang dan berombak. Gaya beliau sama sekali berbeza berbanding wataknya, Cha Soo Hyun dalam Encounter!
Bukan penulis sahaja, rata-rata peminat bersetuju stail rambut itu menyerlahkan lagi keseriannya, yang sama sekali tidak dapat dilihat ketika berambut bob pendek.
Tapi rambut pendek buat Song Hye Kyo bertambah comel, bila panjang nampak makin ayu. Hurmmm… susah bila orang cantik sangat ni..