Belum habis dengan kegilaan PUMA Cali, jenama sukan antarabangsa PUMA dan MTV mengumumkan suatu kolaborasi menarik yang meraikan persilangan budaya pop dan fesyen sukan. Kerjasama kedua jenama gergasi ini telah melancarkan kasut sniker RS-X edisi khas yang meraikan semula kegemilangan budaya muzik yang terdahulu.
Koleksi PUMA x MTV CAPSULE
Kolaborasi PUMA x MTV juga melancarkan olahan reka bentuk terbaru sniker RS-X Tracks. Mengenengahkan iterasi warna pop neon yang menonjol, koleksi ini akan memaparkan keluaran dua jenis warna, iaitu RS-X Tracks MTV Gradient Blaze dalam warna PUMA White – Sweet Lavender dan RS-X Tracks MTV Gradient Gloom dalam warna PUMA Black – Sweet Lavender.
Menyempurnakan rupa dengan pakaian musim yang sesuai, koleksi bergaya ini juga melancarkan kemeja T, tank top, baju trek dan seluar pendek yang dilingkari dengan logo grafik PUMA x MTV.
Koleksi PUMA x MTV akan dilancarkan di butik-butik Puma terpilih seluruh negara bermula 14 Mac pada harga RM165 – RM575.