Kesihatan

Masalah Tidur Mimpi Mengigau, Apa Penyebabnya?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Masalah Tidur Mimpi Mengigau, Apa Penyebabnya?

Mungkin berlaku pada teman tidur kamu seperti adik-beradik, kawan rapat atau pasangan hidup. Sebenarnya pada diri kita juga pernah mimpi sampai mengigau.

Penulis jujurnya berasa seram bila tidur dengan orang yang suka mengigau. Siapa tak terkejut ditengah malam buta terdengar orang bercakap-cakap. Mengingau boleh memberi masalah kepada kualiti tidur dan rehat seseorang. Mereka berkemungkinan tidak mendapat waktu tidur yang cukup dan mudah letih ketika menjalani aktiviti harian. 

Agaknya kenapa boleh datangnya masalah mengigau?

Mimpi

Tidak dapat dinafikan mimpi punca kita boleh mengigau dan mimpi yang padat dan jelas membuatkan kita berasa ia seperti realiti. Namun hati-hati ada mimpi yang boleh menganggu kesihatan seperti mimpi ngeri. Ia dipanggil sebagai sleep teror sehingga si pelaku boleh bertindak menjerit, menendang atau melakukan perkara yang mendatangkan kecederaan.

Foto – Google
Terlalu penat

Ada yang mengaitkan dengan keletihan melampau antara penyebab mengigau. Cuba dapatkan rehat yang sebaiknya. 

Antara punca lain-lain ialah tekanan, genetik keluarga, demam dan kemurungan. Jadi penyakit mengigau ini bukanlah perkara biasa ia melibatkan kesihatan mental. 

RUJUKAN 1 & 2

BACA  Tips Pulihkan Tekanan Darah Rendah Tanpa Ambil Ubat