Tips - Percintaan

Elak Guna Ayat Ini Bila Minta Putus Dengan Kekasih

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Elak Guna Ayat Ini Bila Minta Putus Dengan Kekasih

“Bila cinta didusta, hati mula gelisah”

IKLAN

“Hilang kekasih hati, hidup jadi merana”

Sesungguhnya saat putus cinta sangat menyakitkan dan percayalah bila ditanya bagaimana sakitnya pasti ramai yang sukar untuk menggambarkan. Ramai yang takut untuk menghadapi kekecewaan dan perasaan terluka tapi itu lumrah dalam kehidupan. Tanpa kesedihan mana mungkin anda akan jumpa kebahagiaan. 

Masuk bab cinta pasti ramai disini punya pengalaman ditolak atau pernah menolak cinta dari seseorang. Begitu juga dengan bercinta bertahun-tahun namun akhirnya tekad untuk berpisah. Kalau anda sekarang sedang dilema untuk mengungkap kata putus dan selamat tinggal pada si dia, Wanista cuba bantu. 

Ini contoh ayat untuk anda TIDAK gunakan ketika mengatur langkah pergi dari hidupnya.. 

#1 “Ini semua salah kamu”

Jangan sesekali buka satu pergaduhan remeh dan mungkin akan berlarutan. Anda kena ingat dalam hubungan ini bukan pada bahu si dia sahaja anda juga turut sama. Tiada salah sesiapa pun, sebaiknya anda boleh berkata anda mengharapkan sesuatu yang baru dan berbeza. 

#2 Jangan kata “I need a break”

Kata-kata ini adalah satu pengharapan pada pasangan dan ini bukan keputusan yang baik untuk dibuat. Anda harus berterus-terang dan bukannya meninggalkan tanda tanya kepada si dia. 

Foto – About Love Quotes
#3 “Nanti saya beritahu kamu..”

Kenapa anda perlu membiarkan dia tertunggu dan menjadikan kisah ini seperti tiada pengakhiran. Cuba jangan jadi seorang yang pentingkan diri sendiri, jujurlah pada si dia tentang keputusan untuk putus walaupun ia menyakitkan. 

#4 “Tak perlu hubungi saya lagi”

Elakkan berkata begini kerana masa depan siapa yang tahu. Realitinya akan ada satu tahap kamu perlu hubungi dia semula dan mungkin kembali bersama?

IKLAN

Dah sedia untuk ucap bye-bye atau cuba fikir masak-masak ya… 

RUJUKAN