Tips - Fesyen

Tips Sesuaikan Warna Barang Kemas Dengan Tona Kulit

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Tips Sesuaikan Warna Barang Kemas Dengan Tona Kulit

Orang Asia memang sinonim dengan perhiasan diri yang sarat terutamanya pada kaum wanita. Biasanya kita lebih suka dengan barang kemas dari emas kuning. Ia berkilau bila terkena cahaya dan sinaran matahari, lagi menarik jika bertatahkan batu pertama. 

Namun kini perubahan masa dan perkembangan fesyen aksesori telah membuatkan ramai beralih arah bukan sahaja pada emas kuning. Kalau lihat sekarang, terdapat beberapa pilihan dari emas putih dan rose gold yang lebih menarik dari segi rekaan. 

Foto – Money Crashers

Tapi tahukah anda, warna-warna emas ini lebih cantik atau sesuai jika kena dengan tepat rona kulit yang tertentu. Jika anda tahu memilih warna emas dengan mengikut rona kulit ini merupakan satu bonus untuk anda tampak menyerlah dengan aksesori dipakai. 

Ketahui rona kulit terlebih dahulu

Cara nak senang nak selidik warna kulit anda yang sebenar iala dengan lihat pada warna urat di pergelangan tangan. Kalau urat anda warna biru atau ungu menunjukkan anda mempunyai rona sejuk (cool undertones). Manakala urat warna hijau pula rona kulit panas (warm undertones). Namun jika ada dua warna hijau dan biru, rona kulit anda neutral. 

Rona sejuk (cool undertones)

Anda lebih sesuai dengan warna putih iaitu emas putih, perak dan platinum. Kalau untuk batu pertama anda perlu mengenakan batu-batu berwarna seperti merah, biru, ungu dan hijau. Ia dapat menghidupkan keserian warna pucat kulit anda.

Foto – Popsugar

Rona panas (warm undertones)

Semestinya warna-warna emas kuning, tembaga atau rose gold menepati dengan rona kulit anda. Pilihan batu permata pula sebaiknya dari mainan warna tanah seperti perang, oren, kuning atau turquoise. 

Foto – Charlotte Agenda

Rona neutral

Beruntung jika anda rona neutral, semuanya sesuai dengan anda! 

Foto – Favors Bridal

Siapa yang rasa tak cantik bila pakai barang kemas cuba dahulu tips ini. Mana tahu jumpa yang berkenan dihati dan mata!

RUJUKAN

BACA  5 Stail Rambut 'Boyish' Ala Miss Universe Vietnam Paling Vogue Boleh Cuba