Makanan

Boleh Ke Saya Makan Telur Setiap Hari?

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Boleh Ke Saya Makan Telur Setiap Hari?

Ada satu kajian sebelum ini mendakwa “anak lebih bijak kalau si ibu makan telur setiap hari”. Betul ke?

Kajian mengatakan dengan pengambilan 9 biji telur sehari dapat meningkatkan IQ bayi dalam kandungan. Telur mengandungi choline dimana ia bagus untuk kebolehan kanak-kanak memproses memori dan informasi.

Baca laporan penuh : Anak Lebih Bijak Kalau Ibu Banyak Makan Telur, Betul Ke?

Tapi sejauh mana kebenaran ini? Sedangkan kita tahu telur miliki kandungan kolesterol yang tinggi jadi dengan mengambilnya setiap hari, adakah ia memberi kesan pada diri? Sebarang makanan yang dimakan berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan.

Foto – Pinterest

Persoalan seperti “Boleh Ke Makan Telur Setiap Hari?” selalu bermain di minda.

Telur merupakan sumber protein paling murah dan mudah didapati. Putih telur mengandungi 16 kalori dan kaya dengan protein, sodium, selenium, folat dan kalsium. Sementara kuning telur mengandungi kolin, vitamin A, D, E dan K di samping kolesterol dan lemak omega-3.

Telur adalah sumber protein yang berkhasiat dan mudah disertakan dalam diet seimbang. Makan antara satu hingga tiga biji setiap hari mempunyai beberapa manfaat kesihatan, tetapi ini bergantung kepada individu. Dengan kekerapan ini, mungkin terdapat perubahan minima dalam tahap kolesterol dalam darah.

Giphy

Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan, anda boleh mengambil sumber protein ini setiap hari tanpa kesan signifikan terhadap tahap kolesterol. Kebanyakan orang boleh memakan sehingga 7 biji setiap minggu tanpa kesan sampingan seperti penyakit jantung.

Walaubagaimanapun… ya, bagi mereka yang mempunyai diabetes, kadar pemakanan 7 biji mungkin boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Tetapi, kajian terperinci masih belum diketahui. Telur yang telah diperkaya dengan omega-3 dan berasal dari ladang ternak bebas adalah pilihan yang paling sihat. Jika anda sukakan sumber protein ini tetapi tidak mahu kandungan kolesterol yang tinggi, anda boleh mengelakkan kuning telur. Putih telur tidak mengandungi kolesterol.

Foto – wikiHow

Nak dapat manfaat ini, Wanista cadang makannya dengan merebus atau pecahkan dan masak dalam kuah atau air tanpa garam. Jika mahu goreng, elak menggunakan minyak.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

BACA  Sedia? Cafe Peminat EXO Pertama Malaysia Bakal Buka Di Kuala Lumpur