Kalau pergi rumah orang dan sebagai tetamu kita membuka peti sejuk mereka, pasti ia dianggap sebagai perlakuan yang tidak beradab betul tak?
Namun begitu, tak salah rasanya kalau Wanista ingin mendedahkan isi sebenar peti ais selebriti-selebriti popular seperti Khloe Kadarshian, Lea Michelle dan ramai lagi!
Jom intip apa agaknya isi peti ais mereka ni sebab orang kata kalau nak tahu seseorang tu sihat ke tidak, kena tengok isi dalam peti ais mereka.
#1 Lea Michelle
Siapa tak kenal dengan bintang Glee seorang ini. Dari gayanya sahaja kita sudah tahu yang dia seorang jiwa yang sangat ringkas. Begitu juga isi peti aisnya. Dalam sebuah temu bual, Lea mengaku antara makanan yang wajib ada dalam peti sejuk adalah lobak merah, batang saderi, keju krim (cream cheese), susu, anggur, dan avokado. Sangat sihat! Dengar kata Lea Michelle juga amal minum jus sayuran waktu pagi. No wonder…
#2 Oprah Winfrey
Didedahkan oleh People Magazine, jutawan media si Oprah Winfrey suatu ketika dahulu pernah berkongsi foto isi peti sejuknya di Instagram. Nampaknya, beliau memang gemar memakan salad yang ditemani rasa bawang. Boleh kata hampir kesemua sayur segarnya dipotong dan dihiris seterusnya dipek dalam bekas lutsinar dengan label yang siap dipasang pada setiap satunya!
#3 Bella Hadid
Sebagai seorang supermodel yang sering sibuk dan membutuhkan makanan on-the-go, nampaknya peti ais milik Bella hadid ini dipenuhi buah-buahan campuran, yogurt, minuman tenaga dan jus buah-buahn semata.
Boleh kata, Bella Hadid ini mungkin juga seorang penggemar sandwich kerana jam dan pilihan sapuan mentega kacang juga ada beberapa botol diletakkan di rak teratas bersebelahan yogurt.
Di bahagian bawah, ada sapuan krim masam serta beberapa pek kepingan daging, butter, dan… baby carrrot might be her favorite snack to munch on!
#4 Yolanda Hadid
Sebagai seorang bekas model dan kini bertugas sebagai Pengurus kepada kedua anak-anaknya iaitu Bella dan Gigi Hadid, meskipun usianya sudah menjangkau 55 tahun, tubuh Yolanda masih kelihatan bergetah kerana… lihat sahajalah isi peti aisnya! Penuh dengan bakul buah-buahan, pilihan roti perancis serta sayuran segar.
Ada juga terlihat beberapa botol beer dan minuman alkohol lain. Opps!
Apa yang unik, peti ais ini dibuat khas untuk dirinya tau. Berpintukan gelas kaca tebal dan kalau sekali pandang nampak macam almari perhiasan. Kerlas kau!
#5 Khloe Kardashian
Menurut sumber, Khloe adalah individu yang memiliki sindrom OCD, jadi kalau boleh semua perkara dan objek yang ada dalam kediamannya akan dipastikan bersih dan sentiasa kelihatan teratur. Sebab itu dalam sebuah rancangan realiti, Khloe telah mendedahkan isi peti sejuknya dan ternyata semua makanan disusun dengan rapi.
New KHLO-C-D loves!!! You've been asking and I'm finally showing you what's in my fridge!!! https://t.co/4JWmdy7q43 pic.twitter.com/MAhKB5Wzhz
— Khloé (@khloekardashian) November 11, 2015
Kesemua makanan dipek dalam bekas plastik istimewa, termasuklah kepingan daging (untuk elak berair), sayuran yang sudah siap dibasuh dan dipotong kiub dan beberapa balang jeruk. Tak sangka Khloe suka makan jeruk timun rupanya. Oh! Tempat simpanan di bahagian pintu peti ais pula dipenuhi pelbagai jenama butter. Sekarang penulis tahu yang Khloe memang obses dengan mentega jenis butter!
#6 Jamie Oliver
Sebagai tukang masak popular ramai yang sangka peti sejuk milik jejaka yang merupakan chef selebriti popular ini besar dan dipenuhi makanan sedap-sedap namun bagi Jamie sendiri, cukup sekadar peti sejuk yang ringkas begini. Hakikatnya menurut Jamie, dia gemar menggunakan sumber makanan segar. Jadi apabila hendak masak, baru beliau akan membeli bahan-bahannya.
Kalau boleh lihat, Jamie memenuhkan peti sejuknya dengan seleksi pilihan daun herba yang siap dibalut agar lebih tahan lama manakala sup, sisa kuah dan pati stok turut siap disimpan dalam plastik tebal khas untuk digunakan kemudian. Jamie juga menyatakan yang dia tidak gemar membazir dan suka menyimpan lebihan makanan untuk dipanaskan kembali bila perlu.
#7 Cindy Crawford & Randi Gerber
Nampaknya peti ais mantan supermodel yang juga merupakan ibu kepada supermodel Kia Gerber ini dipenuhi stok makanan yang boleh menampung kehidupan keluarga besar. Biarpun beliau hanya tinggal berdua dengan suaminya di rumah, isi peti sejuk Cindy sangat teratur dan dilengkapi banyak sayuran dan buahan dalam laci simpanan, beberapa pek telur, beberapa kotak susu kacang, pilihan jus buah, tembikai dan yogurt. Ringkas tapi cukuplah untuk diet seimbang buat kedua mereka.
Makanan basah mereka mungkin disimpan di ruangan peti sejuk di bawah.
#8 Beyonce
Dalam sebuah penggambaran realiti televisyen, Beyonce pernah nekad mendedahkan isi peti sejuknya sambil memperlihatkan timbunan lemon, botol sos tomato, pilihan buah-buahan, lobak merah segar, telur dan tomato ceri! Haih, tak makan langsung ke Beyonce ni? Tapi adat lah orang barat memang suka makan salad dan lebih gemarkan penggunaan cicahan sos tomato berbanding sos cili.
Tak dinafikan memang lain benar gaya hidup kita jika hendak dibandingkan dengan selebriti-selebriti luar negara ni. Yang peliknya memang kebanyakan peti sejuk mereka ini dipenuhi minuman soda dan jus buah-buahan manis, tapi bagaimana agaknya mereka seimbangkan diet supaya tidak terkena penyakit seperti Diabetes? Mungkin kerana cara pemakanan mereka yang banyak memakan sayur serta daging yang dimasak cara gril dan mengelak penggunaan minyak banyak.
Hujung minggu ni, cari masa dan kemas peti sejuk korang tu okay? Ingat, kalau nak amal gaya hidup sihat, kenalah ganti sumber makanan yang sihat je untuk diletak dalam peti tu. Tiru cara selebriti berdiet dan amal pemakanan sihat okay?
Selamat beramal! ❤️