Kesihatan

Padah Guna Cahaya Skrin Telefon Paling Tinggi, Mata Wanita Rosak Teruk

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Padah Guna Cahaya Skrin Telefon Paling Tinggi, Mata Wanita Rosak Teruk

Kepesatan teknologi yang makin canggih dan berkembang, tidak hairan ramai berlumba-lumba mendapatkan telefon pintar dengan kepintaran teknologi terhebat masa kini.

Namun, tahukah anda pendedahan ini akan menyebabkan generasi muda hidup dalam keadaan yang tidak sihat? Pendedahan yang berpanjangan terhadap skrin monitor atau telefon pintar bukan hanya memberi kesan pada mata, malah turut memberi impak terhadap kesihatan badan dalam tempoh jangka masa panjang.

Perkara ini terjadi pada seorang wanita Taiwan berusia 25 tahun menderita kerosakan mata sehingga mempunyai 500 lubang selepas menggunakan telefonnya pada kecerahan maksimum selama 2 tahun.

Foto – Apple Daily

Dikenali sebagai Chen mendakwa bahawa doktor mendapati kerosakan kekal pada bola matanya yang boleh mengakibatkan rabun. Selepas mengalami beberapa ketidakselesaan di matanya termasuk penglihatan kabur dan mata kemerahan, Chen mendapatkan rawatan perubatan selepas empat bulan cuba merawat sendiri menggunakan eye drops.

Chen mengalami kerosakan kekal pada mata dan 500 lubang dalam kornea. Foto – Apple Daily

Doktor mendapati kerosakan kekal dan terdapat 500 lubang dalam salah satu korneanya. Chen diberi rawatan steroid  dan dilaporkan menunjukkan peningkatan selepas tiga hari.

Dengan telefonnya pada kecerahan maksimum, peranti telah memancarkan cahaya pada 625 Lumens, yang lebih dua kali ganda tahap yang disyorkan sebanyak 300 Lumens.

Foto – Apple Daily

Untuk pengetahuan anda, tahap kecerahan skrin pada Apple iPhone X mencecah 625 nits. Ini purata yang kebiasan digunakan pada peranti ini tetapi sebenarnya kebanyakan telefon pintar mampu mengeluarkan cahaya skrin yang lebih tinggi. Samsung Galaxy Note 8 pula dikatakan mampu mencecah tahap kecerahan setinggi 1,249 nits!

Foto – Apple Daily

Bila nak tidur, tolong tutup telefon dan ketepikan. Jangan ambil ringan kesihatan mata, lebih baik mencegah awal ye.

RUJUKAN