Review - Filem

[Review Filem] A Dog’s Way Home: Kisah Anjing Bijak Yang Layak Dapat 5 Bintang!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Review Filem] A Dog’s Way Home: Kisah Anjing Bijak Yang Layak Dapat 5 Bintang!

Manusia dan binatang terutamanya anjing dan kucing memang tidak dapat dipisahkan dan jika kamu adalah seorang pencinta haiwan, kamu pasti pernah menonton filem berkisarkan anjing dan tuan kesayangannya berjudul “Hachiko” kan?

Tonton Trailer “A Dog’s Way Home”

Melihatkan bulan Februari ini dilimpahi dengan kasih dan cinta bagi si pemilik jiwa, filem “A Dog’s Way Home” pasti akan mengubah persepsi kamu tentang definisi kasih sayang sebenar dan meski ramai orang bersetuju bahawa filem “Hachiko” adalah filem unik bertemakan anjing sepanjang zaman, “A Dog’s Way Home” kini bakal menyandang takhta tersebut sebagai ‘Filem Anjing’ baharu yang lebih segar dan layak mendapat 5 bintang!

Pada asalnya, Bella adalah seekor anak anjing liar baka Pit Bull -hidup membesar di sebuah tapak rumah usang yang bakal diruntuhkan buat selama-lamanya untuk pembangunan projek baru.

Sumber: Pinterest

Suatu hari kawasan tersebut didatangi pihak berkuasa daerah Denver, Colorado, untuk menangkap kesemua kucing dan anjing liar yang berlindung di lokasi tersebut untuk tujuan pembersihan. Dalam tangkapan tersebut, habis kesemua adik-beradik Bella berserta ibunya juga turut diambil untuk dihantar ke pusat jagaan dan sejak itu, Bella hanya beribukan seekor kucing dewasa serta kawan-kawan kucing yang lain.

Hari berganti hari, Bella akhirnya didatangi sepasang manusia baik hati bernama Lucas dan Olivia. Sejak hari itu, Lucas yang merupakan seorang pelatih doktor merupakan tuan buat Bella.

Bella, seekor anak anjing baka Pit Bull betina yang dibela dari kecil oleh Lucas bersama ibu dan teman wanitanya, Olivia. Sumber: rottentomatoes.com

Untuk pengetahuan semua, tujuh buah daerah di Denver, Colorado, memiliki peraturan udang-undang yang mengharamkan anjing spesis Pit Bull kerana mereka dianggap sebagai anjing paling ganas. Bella sering diancam olah pihak berkuasa membuatkan Lucas, lakonan Jonah Hauer-King, yang tinggal bersama ibunya, Terri, lakonan Ashley Judd disebuah rumah sewa kerap gelisah kalau-kalau suatu hari Bella akan ditangkap.

Bella mengikut ibu Lucas, Terri (paling kiri) ke rumah kebajikan bekas tentera dan sangat mesra dan disayangi oleh penghuni-penghuni di situ. Sumber: CityNews Toronto

Salah satu cara untuk menyelamatkan Bella adalah dengan menghantarnya ke kawasan lain di luar Denver lalu Lucas bersetuju untuk memindahkan Bella buat sementara waktu sehingga dia dan ibunya menemui kediaman baru.

Bella kemudian tinggal dengan ibu saudara Olivia (teman wanita Lucas) di pinggir New Mexico dan tempat itu dikatakan 400 batu jauhnya dari Denver. Bella mulai merindui Lucas dan dia mencari cara bagaimana dia boleh pulang ke pangkuan Lucas sebelum akhirnya mampu melepaskan diri dan masuk ke hutan untuk pulang ke rumah tuannya, Lucas.

Bella diisytihar hilang selama dua tahun setengah. Sumber: Google Images

Selama berhari-hari, Bella mencari jalan pulang dan dia menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bahkan sempat berkawan dengan seekor anak harimau Kugar di dalam hutan belantara melihatkan ia mengambil masa hampir 3 tahun untuk Bella dapat mencari jalan keluar.

Sumber: Google Images

Bagi penulis filem ini bersifat santai namun bukanlah jenis filem gah yang mudah buat ramai penonton terpegun. Hanya orang yang mencintai haiwan akan menggemarinya.

Sumber: Google Images

Sempat juga penulis melirik kalau ada penonton lain yang menangis di dalam panggung sewaktu klimaks filem ditayang dan ya, boleh tahan ramai orang yang curi mengesat air mata. Apa-apa pun janganlah risau kerana filem ini berakhir dengan happy ending okay!

Sumber: Google Images

Tak dinafikan, “A Dog’s Way Home” memang syok, seimbang dengan pelbagai babak realistik dan ianya layak diberikan ⭐⭐⭐⭐⭐! Bolehlah bawa anak-anak menonton hujung minggu ni. 

Filem “A Dog’s Way Home” arahan Pengarah, Charles Martin Smith, adalah adaptasi dari novel karya W. Bruce Cameron terbitan 2017. Sumber: Google Images

Selamat menonton! ❤️

BACA  Wanista Review: Wajib Tonton Filem Spiderman Far From Home!