Review - Filem

[Review Filem] Aksi Ganas Si Bapa Perkasa, Cold Pursuit Untuk Orang Hati Kering

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Review Filem] Aksi Ganas Si Bapa Perkasa, Cold Pursuit Untuk Orang Hati Kering

“Nampak macam cerita serius, tapi kelakar bagai nak rak”.

Ditayang secara rasmi bermula hari ini seluruh Malaysia, siapa peminat filem aksi sememangnya wajib menyaksikan filem yang penuh dengan babak buat si hati kering berjudul “Cold Pursuit” ini.

Lakonan Liam Neeson, Emmy Rossum, Tom Bateman dan ramai lagi, filem ini jauh tersasar dari tanggapan awal penulis yang sebenar. Siapa sangka cerita ‘lasak’ sebegini sebenarnya mampu menggirangkan hati penonton.

Tonton Trailer Cold Pursuit

Berkisarkan kisah seorang lelaki bernama Nels Coxman, lakonan Liam Neeson, yang bertugas sebagai pembesih salji di sebuah kawasan kejiranan dekat Denver, Colorado. Beliau adalah seorang lelaki berusia yang segak, bijak, hebat dan sangat menyayangi isteri dan anak tunggalnya, Kyle.

Latar filem ini adalah sewaktu musim sejuk di Denver, Colorado. Sumber: Google Images

Suatu hari dia dan isterinya berkejar ke hospital untuk mengecam seorang mayat remaja yang tanpa disangka adalah anak lelakinya. Sejak dari itu, Nels begitu berdendam dan nekad menamatkan riwayat orang yang mungkin telah menyebabkan kematian anaknya meskipun, polis mengesahkan bahawa anaknya itu mati kerana keracunan dadah (overdose). 

Nels Coxman dan isterinya terkejut saat mengecam mayat anak mereka. Sumber: Google Images

Nels percaya bahawa anaknya, Kyle Coxman, lakonan Micheál Richardson, itu mati kerana menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah terbesar yang melibatkan gangster ternama, si Trevor ‘Viking’ Calcote.

Dari kiri: Trevor dan Nels. Sumber: Google Images

Hari demi hari berlalu dalam mencari identiti pembunuh anaknya, Nels telah bertindak ganas membunuh satu-persatu orang suruhan Trevor dengan cara paling epik. Bukan biasa-biasa, penulis sendiri yang tengok ini pun rasa hendak termuntah tahu tak?! Kalau kamu takut atau fobia dengan darah, better avoid watching this movie. Kalau sanggup tengok imej muka hancur dibelasah tanpa belas, rahang patah ditumbuk hidup-hidup hingga longlai serta tembakan peluru yang menusuk terus di tengkorak kepala. SILAKAN.

Sumber: sequentialplanet.com

Bagi pendapat penulis, filem ini memaparkan jalan cerita paling ringkas dan straightforward, sesuai sangat untuk korang berhibur di hujung minggu sekaligus memenuhi waktu-waktu santai bersama pasangan korang yang kaki genre aksi sebegini.

Sumber: Reddit

Dalam pada keseriusan yang cuba dipamerkan, ada juga babak-babak lucu yang bijak diselit Pengarah, Hans Petter Moland, untuk mengundang mood penonton. Jadi, tak adalah orang ‘kejung urat’ dari awal hingga akhir tertekan tengok percikan darah je kan?

Sumber: Google Images

Kalau nak tahu mengakhiran cerita ni, kenala tengok sendiri dan… penulis hanya mampu beri ⭐⭐⭐☄ (tiga bintang setengah) sahaja. Seikhlas hati, filem ini memang seronok tetapi pengisiannya tidak seberapa. Cold Pursuit hanya sekadar memberi kepuasan bagi kamu yang setuju dengan frasa “Orang jahat itu lebih adil jika dibalas dengan jahat” dan ini adalah filem tentang dendam kesumat semata.

Sumber: Google Images

Amaran: Wanita hamil yang lemah jiwa dilarang menonton filem ini okay? Takut terberanak dalam panggung. Hehe

Happy watching! ❤️

BACA  [Review Filem] Cerita Cinta Paling Comel, Milly & Mamet Buat Penonton Ketagih!