OMG! Terlopong sekejap…
“Kenapa dia sempurna sangat?”, “Biar betul orang sebegini wujud”, “Ada ke manusia sebegini?”. Bayangkan seorang gadis comel menarik perhatian anda – dia cantik, bergaya dan popular. Kesempurnaan dimiliki membuatkan anda ingin menjadi sepertinya. Tetapi kemudian, anda tiba-tiba mengetahui bahawa dia sebenarnya bukan manusia. Kita tidak dapat mengenal seseorang hanya sekadar melihat gambar, bukan… Tapi siapa sangkakan.
Ya, gadis cantik di atas bukan manusia sebenar tapi adalah anak patung ‘bernyawa’.
Imma adalah individu berpengaruh yang dijana oleh komputer yang dihasilkan oleh syarikat berpangkalan di Tokyo. ModelingCafe Inc. mengkhususkan dalam bidang pemodelan CG. Artis yang menghasilkan Imma telah melakukan magik ke setiap diri Imma, dari butiran kecil ke ekspresi wajah kepada rambut dan solekan untuk gaya tersendiri.
Imma adalah model Instagram dengan jumlah pengikut lebih 30K sahaja. Berbekalkan fizikal tinggi lampai, rambut merah jambu, fesyen yang stailo, berjaya menarik perhatian netizen sehingga Imma berjaya mendapat kontrak jenama hebat.
Jika Imma di jalanan, pasti ramai tidak mengetahui gadis ini adalah manusia maya kerana fizikal from head to toe sudah seperti manusia sebenar.
Hebatnya orang yang menghasilkan Imma. Kagum sekejap!