Pemandangan berharga terbentang luas melihatkan mercu Menara Kuala Lumpur (KL Tower), Hilton Garden Inn kini menambah lagi sebuah banggunan penginapan baharu yang lebih strategik demi memenuhi keperluan pengunjung yang mahukan pengalaman percutian mewah namun masih lagi pada kadar bajet serdehana dan mampu milik.
Terletak berhampiran dengan tarikan pelancong seperti Pasar Seni (Central Market), Chow Kit, KLCC, Kuala Lumpur Forest Eco Park dan lain-lain dan pastinya memudahkan untuk para penginap Hilton Garden Inn South mendapatkan pengangkutan teksi, kereta api transit mahupun berjalan kaki bagi yang mahu bersiar-siar dengan bebas.
Menempatkan lebih 267 buah bilik dan suite, penginap akan dimanjakan dengan tilam Slumberland yang empuk berserta barangan mandian esklusif jenama Crabtree & Evelyn.
Sebagai fasiliti kemudahan di dalam bilik pula, jangan ketinggalan menonton dari kaca tv jenis Smart HDTV, peti sejuk mini dan pembuat teh dan kopi.
Bagi yang tidak larat mahu mencari makan di luar, Hilton Garden Inn South menyediakan restoran The Garden Grille yang ada menawarkan menu sarapan, makan tengahari dan malam manakala untuk snek, penginap boleh terus membelinya dari Pavilion Pantry yang beroperasi 24 jam.
Kawasan kolam renang untuk hiburan penginap dari pelbagai lapisan umur juga ada disediakan dna apa yang menarik, pengunjung boleh saksikan pemandangan penuh kotaraya Kuala Lumpur dari tingkat paling atas Hilton Garden Inn South!
Untuk keterangan lanjut dan sebarang tempahan bilik boleh dilakukan menerusi [hiltongardeninn3.hilton.com/malaysia] atau hubungi 03-27716888. Harga bilik bermula RM150 semalam.
Alamat: Hilton Garden Inn South, 452, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.