Fesyen

Sepatu Pretty Ballerinas Serlahkan Gaya Kamu Bak Seorang Puteri

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Sepatu Pretty Ballerinas Serlahkan Gaya Kamu Bak Seorang Puteri

Di kala kecil pasti setiap wanita pernah berangan untuk menjadi seorang puteri. Berangan memakai kain meleret, tas tangan comel yang diletak di pergelangan siku, tumit tinggi dan melambai megah.

Sekarang anda boleh merasai hidup bak puteri sebab Wanista tahu caranya. Kejap apa maksud Wanista ye? Jengjengjeng..

Begini, baru-baru jenama kasut ballet/flat terkemuka dunia, Pretty Ballerinas telah bekerjasama dengan Princess Olympia of Greece, anak sulung Pavlos dan Marie-Chantal, yang juga dipilih sebagai wajah baru Pretty Ballerinas.

Pretty Ballerinas x Princess Olympia of Greece Collection. Foto – Arkib Wanista

Kerjasama tersebut menyaksikan si puteri berjaya melahirkan koleksinya sendiri untuk musim bunga/panas 2019.

Pretty Ballerinas x Princess Olympia of Greece Collection menampilkan 7 pilihan sepatu edisi terhad yang direka oleh puteri sendiri – setiap fabrik, corak dan warna merupakan gaya peribadinya.

Tampil dalam 7 pilihan sepatu yang berbeza. Koleksi adalah edisi terhad. Foto – Arkib Wanista

“Puteri merupakan peminat Pretty Ballerinas sejak dulu lagi, kami sukakan gayanya yang klasik dan asli serta sikapnya yang terbuka. Kami percaya beliau akan mewakili jenama dengan baik untuk generasi muda hari ini. Beliau pasti akan menjadi ikon yang ternama pada tahun-tahun akan datang,” jelas Ursula Mascaró, pengarah kreatif Pretty Ballerinas.

Kamu yang berminat, boleh dapatkan Pretty Ballerinas x Princess Olympia of Greece Collection di cawangan The Gardens Mall dan Suria KLCC.

BACA  Dibuat Daripada Kulit, Harga Bekas Pensil Louis Vuitton RM4k