Memiliki rumah sendiri adalah idaman bagi setiap insan yang berimpian besar. Namun begitu, tak semua yang bijak mencorak bajet dan menentukan apa yang terbaik untuk kediaman mereka.
Ramai yang hanya fokus untuk memiliki kediaman yang bersaiz besar namun tahukah kamu berjaya membeli rumah comel yang keluasannya cuma sebesar bilik hotel atau lebih mudah digelar “Studio Apartment” juga sudah boleh dikira sebagai bonus melihatkan cabaran dunia hari ini yang sengit dengan soal ekonomi.
Sudah pernah lihat rumah milik singer-songwriter Yunalis berlokasi di Los Angeles?
Elemen-elemen kecil seperti memasukkan perhiasan eksentrik serta penggunaan ruangan di dinding pastinya menceriakan lagi sesebuah rumah.
Manakala, susun atur perabot dan penyediaan ruangan simpanan ideal juga menyumbang kekemasan buat sesebuah kediaman. Ayuh tiru cara Yuna menghias rumah, khas buat kamu yang baru sahaja berjinak hendak mendekorasi.
#1 Kotak Kayu
Siapa bilang yang kamu perlukan rak sebenar untuk dilekap ke dinding? Seperti Yuna, kreatifnya dirinya apabila menjadikan kotak simpanan kayu jenis “crate” yang lazim diguna untuk menampung penyimpanan minuman botol untuk mengganti kedudukan rak klise di dinding! Apa yang kamu perlu lakukan adalah menterbalikkan bahagian dasar kotak kayu tersebut seterusnya lekapkan ia pada permukaan dinding menggunakan paku atau penggantung khas. [Beli Sini]
#2 Rak “Chest Drawer”
Kalau melihat keadaan bilik Yuna, tiada satu pun almari pakaian melainkan bilik pakaian kecil yang berpintu untuk menyimpan pakaian menggunakan hanger -terletak di sebelah katilnya. Untuk menyimpan pakaian berlipat, Yuna mungkin telah menggunakan rak laci jenis chest drawer agar mudah menyimpan dan mengambil pakaian harian. [Beli Sini]
#3 Meja Makan Ringkas
Dah kalau duduk berdua, beli ajalah meja makan yang ala kadar. Seperti milik Yuna, dia cuma memanfaatkan meja makan ringkas yang diperbuat daripada kayu mampat serta dua kerusi meja makan sedondon. Cukuplah untuk dia dan suaminya kan? [Beli Sini]
#4 Cermin Pelbagai Saiz & Bentuk
Boleh lihat, Yuna tak gemar biarkan ruangan dinding rumahnya kosong. Untuk mewujudkan satu kelainan… daripada hanya menggantungkan bingkai gambar semata, Yuna melekatkan cermin pelbagai saiz dan bentuk pada bahagian dinding. Baik di bilik mahupun di bahagian ruang tamu. [Beli Sini]
#5 Alas Kain Perca
Bahagian dapur dan laluan ke bilik utamanya, Yuna bijak menghamparkan alas kaki yang mungkin diperbuat dari sisa kain (kain perca berwarna) agar lantai tidak kelihatan bosan. Penambahan warna dengan cara sebegitu juga sedikit-sebanyak membangkitkan semangat di dalam rumah tau! [Beli Sini]
#6 Timbunan Bantal Kusyen!
Penuhkan segenap katil dan sofa dengan timbunan bantal kusyen yang pelbagai, baik dari segi bentuk dan warna sarungnya untuk cipta deko kreatif yang lebih menyerlah. Tak adalah nampak kosong dan bosan sahaja. [Beli Sini]
#7 Gantungan Dinding “Macrame”
Pemuzik seperti Yuna biasanya memiliki jiwa tersendiri yang rata-ratanya bersifat Bohemian. Untuk menerapkan eleman Bohemian, seharusnya sesebuah rumah itu memiliki gantungan seperti “Macrame” ini. Boleh kata, Yuna memiliki banyak perhiasan kait “Macrame” di bahagian dinding kamar dan ruang tamu. [DIY Sendiri]
#8 Pohon Hijau Epipremnum Aureum
Tumbuhan berdaun hijau yang ini memang senang sangat hidup dalam kawasan bertutup seperti di dalam rumah. Tak perlu kena cahaya matahari sangat pun ianya boleh subur. Seperti Yuna, dia memang sukakan tumbuhan hijau -ditempatkan dalam bilik air dan sudut dapur, tumbuhan menjalar jenis Epipremnum Aureum memang sesuai bagi yang mahu wujudkan dimensi segar dalam rumah. [Beli Sini]
Semuanya memerlukan bajet yang tidak begitu mahal, mampu milik dan pastinya sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin.
Happy decorating! ❤️