Teknologi

Bangun Tidur Je Rambut Cantik Kalau Ada Sikat Elektrik ghd Glide

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Bangun Tidur Je Rambut Cantik Kalau Ada Sikat Elektrik ghd Glide

Bagi wanita yang tidak bertudung, merias rambut adalah perkara paling sukar untuk dilakukan di waktu pagi. Mana hendak bersiap, sediakan sarapan dan sebagainya.

Mencuci dalam waktu yang suntuk memang bukan pilihan terbaik kerana mengering pastinya mengambil masa yang sangat lama betul tak?

Tonton Pengenalan ghd Glide Hot Brush

Sebab itu ghd atau nama syarikat sebenarnya “Good Hair Day” yang merupakan pengeluar alatan kecantikan dan peranti rambut terkemuka dari United Kingdom ini begitu peka dengan kehendak dan keperluan wanita sejagat dengan memperkenalkan inovasi baharu berupa sikat elektrik yang dimajukan dengan teknologi seramik serta haba ionizer bertindak lembut pada rambut.

Susun atur berus yang menyeluruh mampu merapikan rambut dalam sekelip mata. Sumber: ghdhair.com

Sekarang, tak ada masalah lagi kalau kamu perlukan masa lebih untuk melepak di atas katil kerana dengan adanya ghd Glide Hot Brush ini, masa untuk bersiap pastinya lebih singkat. 

Padangan dari bahagian belakang ghd Glide Hot Brush. Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, suhu penggayaan ghd Glide Hot Brush ini adalah sehingga 185ºC  untuk penampilan rambut yang terlihat sihat bahkan, penstabilan udara ionizer dari sikat juga bertindak untuk meluruskan kusut yang akhirnya menghasilkan keadaan mahkota wanita yang lebih halus dan berkilat! 

Sumber: ghdhair.com

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.ghdhair.com]. Sebarang pembelian produk ghd boleh dibuat [DI SINI].

BACA  Gadis Genius Ini Viral DIY Anting-Anting Airpods